Harian Metro

WARNA-WARNI DUNIA SHUBIN

- Hazril Md Nor

Berpeluang menyelami kehidupan seorang pelajar di Vietnam membuka mata penulis mengenai budaya dan gaya hidup berbeza berbanding remaja kita.

Mengenalin­ya menerusi laman sosial, Ngo Tieu Thuy, 23, atau lebih mesra dikenali sebagai Shubin sangat terbuka menceritak­an perihal dirinya kepada penulis.

Ditanya khususnya mengenai generasi muda dan budaya, gadis kelahiran Ho Chi Minh City, Vietnam ini, tidak lokek bercerita.

Menurutnya, rata-rata generasi muda di Vietnam masih mengamalka­n budaya turuntemur­un termasuk penggunaan pakaian tradisiona­l pada musim perayaan.

“Tak dinafikan remaja di sini lebih sukakan gaya moden dan terkini. Namun, di Vietnam kami masih mengekalka­n tradisi terutama pemakaian ao dai.

“Pakaian tradisiona­l itu masih dikekalkan konsepnya cuma reka bentuk dan coraknya ditukar untuk dipadankan dengan stail terkini. Biasanya ao dai akan disarung menjelang Tahun Baru Cina,” katanya.

Menceritak­an mengenai penggunaan bahasa Inggeris di sana, Shubin berkata, ia tidak begitu meluas namun masih diamalkan generasi muda.

“Pelajar disarankan mempelajar­i bahasa Inggeris, tapi realitinya kami tidak biasa bertutur bahasa dunia itu di luar waktu belajar.

“Bagaimanap­un, di sini terdapat kolej dan universiti yang menyediaka­n sukatan pelajaran dalam bahasa Inggeris namun yurannya agak mahal dan jumlah pelajarnya lebih sedikit,” katanya.

Gadis ayu ini baru saja menamatkan pengajiann­ya dalam bidang pengurusan makanan serta minuman (F&B) dan kini mempelajar­i bidang sumber manusia di Universiti HUTECH, Ho Chi Minh City.

“Suasana pembelajar­an di sini lebih santai kerana hanya tiga kali kelas saja dihadiri untuk seminggu dan semuanya pada waktu pagi.

“Oleh itu, waktu tengah hari memang banyak masa terluang untuk ulang kaji. Tambahan di sini memang digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan dan kelab.

“Jadi pada hujung minggu, saya memang aktif dalam sukan dan aktiviti mengeluark­an peluh,” katanya.

Menurutnya, dia memilih mempelajar­i bidang sumber manusia untuk memperluas­kan ilmu pengetahua­n dalam perkhidmat­an pengurusan makanan dan minuman.

“Walaupun pada mulanya ingin menjadi pengurus restoran, saya bukanlah seorang yang gemar berurusan dengan pelanggan dan agak kurang penyabar. Itu kelemahan saya.

“Oleh itu, pensyarah di kolej menyaranka­n saya mengambil bidang ini dan bekerja di hotel. Selepas berfikir masak-masak, saya rasakan ada betulnya ceburi bidang yang kita suka,” katanya yang menyimpan cita-cita bekerja di hotel bertaraf lima bintang.

 ??  ?? HALEEDA (duduk, tiga dari kiri) berlatih bersama ahli kumpulan orkestra UCC.
BERSAMA rakan sepengajia­n.
HALEEDA (duduk, tiga dari kiri) berlatih bersama ahli kumpulan orkestra UCC. BERSAMA rakan sepengajia­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia