Harian Metro

Bantu hadapi musim tengkujuh

-

Tahun lalu, Pos Belatim dipilih menjadi lokasi seterusnya bagi program itu. Pos Belatim yang juga kawasan penempatan masyarakat Orang Asli menjadi tumpuan misi itu dengan objektif utama menghulurk­an bantuan barangan keperluan terutama makanan dan pakaian bagi persediaan masyarakat

Orang Asli menghadapi musim tengkujuh.

Pada 18 November lalu, 70 kenderaan pacuan empat roda (4X4) memulakan perjalanan menuju ke Pos Belatim yang mengambil masa tujuh jam bagi jarak 60 kilometer sehala dengan keadaan jalan hutan yang berbukit dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Cabaran demi cabaran dihadapi peserta konvoi apabila ada kerosakan teknikal pada kenderaan namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan. Kebanyakan konvoi berjaya mengharung­i cabaran untuk sampai ke Pos Belatim pada jam 8 malam.

Pelbagai acara seperti sukaneka, sumbangan bantuan makanan, senamrobik zumba dan pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada Orang Asli diadakan hari berikutnya.

Pengurus Program, Khairul Badri Abdul Basit berkata, pada misi itu,

Lokasi dipilih berdasarka­n pelbagai

faktor seperti kesukaran mendapat

bekalan makanan

penyertaan dari IMAM Response & Relief Team (IMARET) amat bermakna kepada masyarakat di situ kerana menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan percuma selain aktiviti memberus gigi dengan betul serta memakaikan syampu kutu kepada anak Orang Asli.

“Di dalam Pos Belatim saja ada beberapa penempatan kelompok masyarakat Orang Asli dalam lingkungan beberapa kilometer.

Beberapa pacuan empat roda ditugaskan untuk mengambil dan menghantar penduduk kampung berserta barang sumbangan ke semua kampung yang terbabit.

“Pada sebelah petang pula, acara diteruskan dengan senaman zumba serta penyampaia­n sumbangan makanan disampaika­n kepada setiap kelompok masyarakat Orang Asli Pos Belatim.

“Selesai penyampaia­n sumbangan, rasa kesyukuran dirasai peserta misi kerana mendapat khabar gembira apabila satu keluarga Orang Asli memeluk agama Islam. Dengan disaksikan oleh Datuk Ustaz Syarhan

Shafie dan peserta misi, keluarga terbabit mengucapka­n dua kalimah syahadat,” katanya.

Penutup misi ditamatkan dengan persembaha­n tarian sewang masyarakat Orang Asli bersama semua peserta konvoi misi. Pada hari terakhir peserta misi ini berkampung di Pos Belatim dan meninggalk­an kampung itu dengan seribu kenangan terindah.

Khairul Badri berkata, misi itu dijalankan sebagai pengisian program tahunan anjuran Kay Adventure 4X4 dengan kerjasama kelab 4X4 gabungan yang terbabit. Lokasi program Misi Bantuan Kemanusiaa­n ini dipilih berdasarka­n pelbagai faktor seperti kesukaran mendapat bekalan makanan ketika menghadapi musim tengkujuh, membantu golongan masyarakat

Orang Asli dan penduduk yang susah serta dapat memberi dan memelihara kesejahter­aan hidup mereka.

“Semoga hasrat murni dan kerjasama ini dapat menanamkan rasa kesyukuran dan menyedarka­n masyarakat akan tanggungja­wab membantu sesama insan. Ia juga dapat mendedahka­n masyarakat kepada sikap kesukarela­wan dalam memberi bantuan kemanusiaa­n serta berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah.

“Selain itu ia dapat memberi peluang kepada peserta untuk melakukan kerja kemanusiaa­n di samping memupuk sikap prihatin dalam diri setiap insan,” katanya.

Katanya, pelbagai program diatur bagi mendekati masyarakat untuk berbakti selain berpeluang merasai realiti kehidupan, hubungan sesama insan serta memastikan suasana demikian tidak luput dan hilang di ingatan pada masa akan datang.

Selain itu katanya, program terbabit juga akan dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara jabatan kerajaan, badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab

4x4 yang terbabit bersama masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia