Harian Metro

Dugaan datang bersama rahmat

- Mohd Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Walaupun hamil lapan bulan, tiada istilah penat baginya apatah lagi apabila memikirkan keinginan untuk mengubah nasib keluarga.

Maka, wanita ini menggagahk­an juga dirinya untuk berniaga pelbagai barangan bermula daripada menjual jamu sehinggala­h keropok dengan berjalan dari kedai ke kedai.

Itu antara pengalaman pahit dan jatuh bangun pengasas produk NR

Beauty Care, Noorliyana Sulaiman, 28, yang kini mampu berbangga kerana jenamanya sudah memiliki ribuan pengikut dan pengguna.

“Agak getir memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Kepayahan untuk memulakan hidup sangat terasa apabila saya berkahwin dan berpindah mengikut suami berniaga.

“Kami berniaga pakaian dari satu ekspo ke satu ekspo demi mencari rezeki. Malah, kami menjadikan kereta sebagai tempat bermalam kerana belum mampu menyewa rumah.

“Waktu itu hanya Allah yang tahu keperitan hidup kami. Saya juga tidak pernah bercerita kepada emak dan ayah mengenai kesusahan kami yang terpaksa tidur di tapak ekspo atau dalam kereta kerana tidak mahu mereka risau,” katanya.

Bercerita lanjut, Noorliyana berkata, dia bukan seorang yang suka menceritak­an pengalaman pahit mahupun kesusahan yang dialami sejak berkahwin.

“Keperitan bertambah apabila saya disahkan hamil, tetapi saya kuatkan hati demi mencari sesuap nasi dan membantu suami. Saya ambil stok pakaian di Johor dan membawanya ke Kedah dengan menaiki bas.

“Perkara itu berterusan sehinggala­h usia kandungan mencecah tujuh bulan apabila keluarga mendesak supaya saya pulang ke Johor kerana risau dengan keadaan saya yang berulang-alik menaiki bas ke Kedah.

“Akhirnya saya akur Saya membantu ayah yang banyak memiliki perusahaan jamu tradisiona­l hingga kalau disebut Pusaka Berkat atau Sulaiman Sathar, pasti ramai yang mengenali.

“Saya membantu ayah menguruska­n perusahaan yang musnah akibat banjir dan bermula daripada itu, saya belajar selok-belok perniagaan dan mengenali rakan niaga ayah termasuk pemborong besar,” katanya.

Selepas balik ke kampung dia bertekad mahu mencari ‘sesuatu’ untuk membantu suami.

“Saya mula menjual jamu dan produk kosmetik di pasar malam dan bazar karat. Saya menyimpan keuntungan yang diperoleh untuk membeli keperluan anak yang bakal lahir.

“Istilah penat memang tidak wujud ketika itu.

Dari pagi hingga malam saya bekerja, malah membuang rasa malu menjual keropok di kedai makan. Inilah kerja saya sehinggala­h saya melahirkan anak sulung, Muhammad Rezqi Al Hafiz,” katanya.

Adat berniaga, memang banyak cabarannya.

Ada mata yang tidak senang melihat usahanya itu sehingga ada yang mentertawa­kannya. Bagaimanap­un, beliau tidak mengambil pusing dan menjadikan kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

“Selepas dikurniaka­n anak, kami cuba mencari rumah sewa dengan kadar yang termampu pada waktu itu iaitu RM180 sebulan. Saya tahu ada yang tersenyum melihat kehidupan kami sekeluarga yang tinggal di rumah buruk dan kereta pula hampir ditarik pihak bank.

“Kereta buruk kami itu pula bocor bumbungnya. Pedihnya hati mendengar kata-kata orang, hanya Allah yang tahu, tetapi saya telan semuanya. Perlahan-lahan saya bangkit hingga diterima bekerja menjadi guru tadika.

“Siang saya mengajar, malam saya berniaga menjual pelbagai barang termasuk pakaian, jamu dan produk kesihatan. Selalu juga saya terpaksa membawa anak ke pasar. Apabila anak tidur di gerai, saya renung wajahnya dan berkata pada diri sendiri, sampai bila saya harus begini,” katanya.

Doa supaya Allah meluaskan pintu rezeki untuk mereka sekeluarga tidak pernah luntur dari Noorliyana dan suami. Ternyata, dugaan yang diberi sebenarnya datang bersama rahmat. Di sebalik setiap kesusahan, Allah menjanjika­n kesenangan.

Tindakanny­a mengeluark­an wang simpanan termasuk mencagarka­n gelang dan cincin perkahwina­n untuk dijadikan modal perniagaan akhirnya membuahkan hasil apabila NR Beauty

Care mendapat sambutan memberangs­angkan sehingga terjual 2,000 set dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Enam bulan saya berhempas-pulas menaikkan nama produk secara dalam talian dan jualan langsung termasuk mengedar risalah dan membuat iklan di radio. Tidak sangka, jualan naik mendadak sehingga 90 peratus.

“Dengan keuntungan itu, saya langsaikan baki pinjaman peribadi dan membeli rumah,” katanya bersyukur doa dia dan orang lain yang mahukannya berjaya diperkenan­kan Allah.

 ??  ?? PENGASAS NR Beauty Care, Noorliyana
bersama kakitangan dan
produknya.
PENGASAS NR Beauty Care, Noorliyana bersama kakitangan dan produknya.
 ??  ?? NOORLIYANA bersama suaminya, Rafizal Hamzah, 35.
NOORLIYANA bersama suaminya, Rafizal Hamzah, 35.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia