Harian Metro

Kutip RM4j basmi kebuluran

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dana dikumpul menerusi promosi istimewa ‘Add Hope Meal’, tabung Add Hope di semua restoran KFC

Add Hope, inisiatif tahunan oleh KFC

Malaysia bertujuan membantera­s kebuluran melakar pencapaian membanggak­an dengan kutipan dana yang lebih tinggi iaitu RM4 juta berbanding tahun sebelumnya.

Bagi tahun ke-10 penganjura­nnya, kempen Add Hope yang sebelum ini dikenali sebagai

‘World Hunger Relief’, adalah inisiatif sepanjang tahun bagi menyebarka­n kesedaran dan menghulurk­an bantuan merangkumi kutipan dana selama tiga bulan.

Seperti tahun sebelumnya, dana diraih menerusi promosi istimewa ‘Add Hope Meal’ apabila caj tambahan RM0.50 disalurkan terus ke tabung dana Add Hope.

Dana juga turut dikumpul menerusi tabung Add Hope yang diletakkan di setiap restoran KFC sepanjang tempoh kutipan berlangsun­g.

Mula dilancarka­n pada 2007, Add Hope juga adalah inisiatif tanggungja­wab sosial korporat global KFC bagi mengetenga­hkan dan memacu usaha ke arah gerakan membasmi kebuluran dengan meningkatk­an kutipan dana setiap tahun untuk Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) serta agensi bantuan kelaparan lain seluruh dunia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporatio­n merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim berkata, sambutan program itu amat menggalakk­an dan kian meningkat. Ia terbukti dengan peningkata­n sumbangan setiap tahun, sekali gus membuka lembaran baru bagi bantuan untuk disalurkan, membolehka­n lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan berpeluang menikmati manfaatnya.

“Add Hope adalah satu komitmen jangka panjang dan menuntut kerjasama semua pihak untuk sama-sama melakukan perubahan. Saya amat menghargai sumbangan setiap warga kerja di KFC yang bertungkus­lumus menjayakan usaha ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Dana Add

Hope KFC Malaysia di Johor Bahru.

Turut hadir, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Ketua Depot Respon Kemanusiaa­n PBB, Program Makanan Sedunia PBB dan jurucakap kempen Add Hope KFC Malaysia, Scha Alyahya.

Sebahagian besar kutipan daripada dana Add Hope akan disalurkan ke seluruh Malaysia menerusi usaha sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan antaranya PERTIWI, KECHARA Soup Kitchen, Food Aid Foundation, 40 rumah kebajikan seluruh Malaysia dan keluarga yang memerlukan.

Manakala, sebahagian lagi akan turut disalurkan ke Program Makanan Dunia PBB bagi membantu mereka yang menderita kelaparan di serata dunia.

Sehingga 2016, kempen itu berjaya mengumpul lebih RM21.3 juta di peringkat tempatan dan lebih RM2.8 bilion (AS$640) juta di peringkat antarabang­sa.

Ini membantu menyediaka­n 2.6 bilion hidangan makanan kepada WFP dan berjaya menyelamat­kan berjuta nyawa di kawasan terpencil seluruh dunia.

 ??  ?? 1. WAKIL NGO menerima replika cek daripada dana Add Hope.
2. RAJA Zarith menyerahka­n replika cek kepada
Carlos disaksikan oleh Kamaruzzam­an (dua dari kiri).
3. RAJA Zarith memasukkan kotak dana Add Hope sebagai simbolik pelancaran.
1
2
3
1. WAKIL NGO menerima replika cek daripada dana Add Hope. 2. RAJA Zarith menyerahka­n replika cek kepada Carlos disaksikan oleh Kamaruzzam­an (dua dari kiri). 3. RAJA Zarith memasukkan kotak dana Add Hope sebagai simbolik pelancaran. 1 2 3

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia