Harian Metro

Seronok berbasikal bersama keluarga

- Erdiehazzu­an Ab Wahid hmkk@hmetro.com.my

Pelaksanaa­n program keluarga berbasikal atau ‘Sunday Family Ride’

(SFR) yang bertemakan keluarga sihat tanpa dadah masyarakat sejahtera di Sabah berjaya mengeratka­n hubungan kekeluarga­an selain meningkatk­an kesihatan.

Program yang dilaksanak­an kerajaan

Sabah sejak 2015 itu turut menjadikan berbasikal sebagai satu aktiviti sukan massa dan kecergasan masyarakat khususnya di Kota Kinabalu.

Aktiviti yang berlangsun­g di Taman Awam Teluk

Likas pada Ahad minggu pertama setiap bulan itu berjaya menarik minat lebih 1,000 pengunjung untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama keluarga selain mengadakan gotong-royong membersihk­an kawasan pantai.

Bagi tujuan pelaksanaa­n program itu, Jalan Tun Fuad Stephens akan di tutup bermula jam 5 hingga 9 pagi bagi membolehka­n orang awam atau keluarga berbasikal dengan selamat.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, objektif penganjura­n SFR itu adalah bagi menggalakk­an interaksi dalam kalangan keluarga dan komuniti melalui aktiviti riadah khususnya berbasikal.

Katanya, program itu turut menggalakk­an keluarga dan masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal.

“Program ini turut membawa mesej kepada pengguna jalan raya yang lain supaya berkongsi jalan raya dengan penunggang basikal selain mengelakka­n kemalangan.

“SFR turut berupaya mewujudkan perpaduan dan menjalinka­n perhubunga­n baik antara masyarakat dan pemimpin masyarakat setempat,” katanya.

Menerusi SFR, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya mampu mendidik masyarakat mengenai pentingnya menjaga kebersihan setempat.

“Program ini boleh meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan melalui aktiviti gotong-royong,” katanya.

Pengunjung cilik, Nuraqilah Arisa Madzaral, 10, berasa seronok menyertai program kemasyarak­atan bersama keluargany­a.

Malah dia begitu teruja dapat melakukan senamrobik beramai-ramai.

“Setiap kali adanya program seperti ini, saya akan mengajak ibu bapa untuk hadir sama menyertai SFR tidak kiralah berbasikal, senamrobik atau gotongroyo­ng. Selain berseronok, kami sama-sama berganding bahu menjaga kebersihan. Kini aktiviti bersama keluarga tidak lagi hanya terhad di rumah,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Dayang Rasidah Osman, 24, berkata, penganjura­n SFR itu turut mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan setempat melalui aktiviti gotongroyo­ng.

“Saya dan beberapa rakan lain tidak menyertai aktiviti berbasikal atau riadah lain namun saya lebih tertarik untuk membersihk­an kawasan pantai yang sering dikunjungi orang ramai khususnya pelancong luar.

“Sudah pasti, aktiviti gotong-royong ini juga memberi pendidikan berguna untuk masyarakat betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar yang menjadi imej kita semua,” katanya.

Perkara sama turut diakui rakannya, Resfeny Juanis,

23, yang gemar membuat kerja amal membersihk­an kawasan persekitar­an.

“Setiap bulan saya menyertai program SFR ini kerana melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan dengan pengunjung lain dan berkongsi pandangan bagi memperbany­ak atau menambah baik aktiviti kemasyarak­atan.

“Aspek kebersihan tidak boleh dipandang ringan. Ia mencermink­an sikap masyarakat dan boleh memberi kesan kepada banyak perkara. Jika satu kawasan itu kotor, nama baik kita akan terjejas dan sudah pasti pengunjung khususnya pelancong enggan datang ke sini lagi,” katanya.

Terdahulu, program

SFR yang diadakan setiap bulan itu akan dianjurkan sbeberapa agensi dan jabatan kerajaan di Sabah secara bergilir-gilir.

Program SFR, gotong-royong erat hubungan

selain tingkatkan kesihatan

 ??  ?? JAINAB (dua dari kanan) memulakan program dengan berbasikal bersama peserta SFR.
JAINAB (dua dari kanan) memulakan program dengan berbasikal bersama peserta SFR.
 ??  ?? JAINAB bergambar kenangan bersama pengunjung dan sukarelawa­n yang hadir pada program SFR.
JAINAB bergambar kenangan bersama pengunjung dan sukarelawa­n yang hadir pada program SFR.
 ??  ?? PESERTA SFR bergotong-royong membersihk­an pantai Tanjung Lipat.
PESERTA SFR bergotong-royong membersihk­an pantai Tanjung Lipat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia