Harian Metro

CIPTA 'HATRIK'

Sejak awal Dayang fokus pada persembaha­n untuk beri hasil terbaik

-

Malah, tiada siapa mengenali Natasyah sebelum ini.

Natasyah yang juga isteri kepada penyanyi 6ixth Sense iaitu Adi Priyo ini mengakui pencapaian itu cukup membanggak­an kerana ini lagu pertama yang diciptanya.

Paling penting, sentuhan idea bersama suaminya membawa kejayaan dalam lagu ini.

“Syukur dengan apa yang diperoleh. Kerjasama padu di antara semua memang terbaik. Pemuzik dan penggubah Genervie Kam memberikan sentuhan hebatnya, manakala Dayang pula berjaya menyampaik­an lagu ini dengan baik di atas pentas,” katanya yang kini hamil empat bulan.

Dalam pada itu, Iman yang juga wartawan hiburan Metro Ahad berkata, galakan daripada penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengajakny­a bekerjasam­a dalam drama 7 Hari Mencintaik­u membawa kepada kejayaan lagu ini dalam AJL31.

“Proses awalnya bermula dengan melodi yang dicipta oleh Natasyah. Pada masa sama, Ziela nak lagu yang menarik selepas kerjasama yang dijalinkan menerusi lagu Di Pintu Syurga yang dimuatkan dalam drama Ariana Rose.

“Beliau mahu konsep yang sama dan kami pun mulalah mencari melodi yang sesuai. Saya diberitahu oleh Indigital Music yang lirik perlu dihasilkan berdasarka­n novel 7 Hari Mencintaik­u.

“Novel itu sangat bagus karyanya dan daripada benih yang baik. Apabila dikembangk­an ke drama, hasilnya terus baik. Inilah idea yang diambil oleh saya dan Natasyah,” katanya.

Menurutnya, Dayang sebagai penyanyi pula mengambil lagu ini dan membawanya kepada Genervie untuk diterbitka­n.

“Ia ibarat benih yang semakin bercambah. Perjalanan lagu ini juga panjang sehingga akhirnya meraih kejayaan,” katanya.

Pertanding­an penting buat Dayang

Lebih membanggak­an, Dayang turut meraih gelaran Vokal Terbaik sekali gus mencipta ‘hatrik’ sejak lagu Tak Pernah Menyerah pada AJL30.

Baginya, bukan kemenangan menjadi matlamat utama kerana apa yang difikirkan ialah menampilka­n persembaha­n terbaik.

“Kemenangan ini amat menggembir­akan kerana ia ibarat ‘flashback’ perjalanan kerjaya seni saya.

“Rasanya saya seakanakan diterima dan dihargai dalam seni. Dari awal latihan lagi, saya fokus pada persembaha­n dan berharap saya sihat dan dapat buat persembaha­n yang bagus. Sekiranya ditakdirka­n kalah, saya tak kesal langsung kerana ini adalah persaingan sihat. Lagipun, rasanya banyak lagi yang perlu saya belajar,” katanya.

Biarpun bergelar pemenang, Dayang mengakui tidak berhasrat mengundur diri dalam pertanding­an nyanyian seperti AJL.

“Ia terletak pada pendapat masing-masing. Tapi bagi saya, menerusi pertanding­an sebegini saya dapat memperbaik­i kelemahan yang ada.

“Jika tiada pertanding­an, lama-lama kita akan lalai dan selesa. Kalau saya tak masuk bertanding, saya akan rasa perjalanan karier saya seakan-akan membosanka­n.

“Benda inilah yang buat kita berfikir untuk buat apa dan tampilkan persembaha­n bagaimana yang boleh memikat hati peminat,” katanya.

Menurutnya, AJL banyak membantu mengembang­kan kariernya kepada peminat sejak dahulu sehingga kini.

“Ibarat seorang pekerja, mesti ada ‘resume’ untuk menyokong, begitu juga saya yang kena masuk pertanding­an seperti AJL yang banyak beri impak dalam karier saya.

“Seperti kemenangan ini, tak semestinya saya bagus kerana perlu mencari lagi apa yang boleh diketengah­kan pada masa akan datang,” katanya yang menganggap persaingan yang diberikan oleh penyanyi lain amat hebat.

Ajai yakin Lelaki Teragung jadi juara

Bagi Ajai dan dua penyanyiny­a Hafiz Suip serta Misha Omar, kemenangan Dayang tidak perlu dipertikai­kan dan mereka menerima pilihan juri dengan hati terbuka.

“Apabila mendengar lagu Lelaki Teragung, saya akui ia berpotensi bergelar juara. Pakejnya lengkap meliputi melodi dan lirik.

“Sebenarnya kalau tak masuk bertanding, sudah tentu saya akan diambil sebagai juri. Saya sendiri cakap dengan Hafiz yang lagu kita sama ada akan jadi juara ataupun nombor dua.

“Kalau tengok pada aspek struktur lagu, kepuasan menyanyi lagu solo berbeza dengan lagu duet. Menyanyi solo seperti dia menggigit seseorang dan keluarkan tenaga yang penuh,” katanya.

Ajai berkata, ia berbeza dengan nyanyian duet yang memerlukan kerjasama dua penyanyi.

“Masing-masing kena jaga bahagian masing-masing. Pada saya, kalau lagu itu tak berjaya di AJL, bukan satu isu besar,” katanya.

Projector Band puas

Kumpulan Projector Band pula mengakui gembira kerana penampilan pertama mereka di pentas AJL membuahkan hasil membanggak­an apabila lagu Sudah Ku Tahu menduduki tempat ketiga.

“Kami sebenarnya sentiasa terima komen dan input membina daripada peminat dengan hati terbuka.

“Jadi untuk AJL, kami cuba bawa konsep yang mudah ketika beraksi di atas pentas agar semua orang faham.

“Tentunya kemenangan ini membakar semangat kami untuk terus menghasilk­an lagu terbaik selepas ini,” kata mereka.

Dayang berhak menang

Azmeer selaku ketua juri berkata, pemilihan Dayang Nurfaizah sebagai juara dinilaikan berdasarka­n melodi, susunan lagu, vokal dan lirik.

“Kekuatan Lelaki Teragung terletak pada lirik, kemudian melodi serta susunan muziknya yang bertaraf antarabang­sa.

“Rakamannya juga baik ditambah persembaha­n Dayang pada malam ini sangat baik. Secara holistikny­a, vokal Dayang juga terserlah apabila menyanyika­n lagu ini.

“Bagi saya vokalnya menjadi tunjang kemenangan Lelaki Teragung. Dia sangat menyerlah sehingga menenggela­mkan peserta lain,” katanya.

Dari aspek pemarkahan, Azmeer mengakui perbezaan Dayang tidak terlalu jauh dengan penyanyi lain.

“Memang terdapat juga penghujaha­n. Walaupun bukan keputusan sebulat suara tapi sebagai ketua juri saya perlu melihat pemarkahan secara total.

“Tidak kira perbezaan sama ada 10 markah ataupun berapa, kemenangan harus diberikan kepadanya. Memang tak terlalu jauh atau terlalu rapat, tapi Dayang berhak menang,” katanya.

Azmeer mengakui persaingan yang diperlihat­kan semua peserta sangat hebat, namun kekurangan vokal membuatkan sesebuah lagu itu tewas.

“Vokal yang menyampaik­an melodi. Markah melodi itu adalah nyanyian seseorang penyanyi. Walaupun sesebuah lagu itu merdu tapi nyanyian lemah, ia mempengaru­hi markah.

“Kami menilai sesebuah lagu berdasarka­n hasil karya komposer, penulis lirik, penyusun muzik dan penyanyi secara keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ?? KEHEBATAN vokal Dayang cukup memukau.
KEHEBATAN vokal Dayang cukup memukau.
 ??  ?? PROJECTOR Band tak sangka lagu mereka turut mendapat tempat.
PROJECTOR Band tak sangka lagu mereka turut mendapat tempat.
 ??  ??
 ??  ?? AKIM & The Majistret tampil berbeza dengan watak dalam filem Batman dan Suicide Squad seperti Joker, Two Faces, The Riddler, Bane, Killer Croc serta Diablo.
AKIM & The Majistret tampil berbeza dengan watak dalam filem Batman dan Suicide Squad seperti Joker, Two Faces, The Riddler, Bane, Killer Croc serta Diablo.
 ??  ?? AJAI, Misha dan
Hafiz di tempat kedua dengan lagu Terimaku Seadanya.
AJAI, Misha dan Hafiz di tempat kedua dengan lagu Terimaku Seadanya.
 ??  ?? HAZAMA dengan aksi tersendiri dalam lagu Di Amaran Mama.
HAZAMA dengan aksi tersendiri dalam lagu Di Amaran Mama.
 ??  ?? PENYANYI Khalifah, Yabang turut membawa ibu dan bapanya di atas pentas.
PENYANYI Khalifah, Yabang turut membawa ibu dan bapanya di atas pentas.
 ??  ?? DAYANG bersama Iman dan Natasyah.
DAYANG bersama Iman dan Natasyah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia