Harian Metro

PANTAI MAYAT

„ Pendatang warga Indonesia lemas bot pancung karam di pantai Tanjung Rhu

- Mersing

> "Sebaik sampai, saya lihat beberapa mayat lelaki dan wanita terdampar di sepanjang pantai... memang menyedihka­n," kata Sirat Semani, 55, antara penduduk terawal yang sampai di pantai Tanjung Rhu, Mersing, sejurus mengetahui kejadian bot karam, awal pagi semalam. Setakat malam tadi, hanya dua daripada 40 penumpang bot pancung dari Batam, Indonesia itu ditemui selamat, lapor Izlaily Nurul Ain Hussein dan Md Sah Muda

“Apabila saya cuba mengangkat beberapa mayat yang terdampar, saya dapat rasa badan mereka masih lembut, itu tanda yang kejadian berkenaan baru berlaku,” kata penduduk FELDA Tenggaroh 2, Sirat Semani, 55.

Dia antara penduduk terawal yang sampai di pantai Tanjung

Rhu, di sini, sebaik mendengar cerita ada bot pancung karam dan penumpang yang terdiri daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas di kawasan itu pagi semalam.

Sirat berkata, dia dan beberapa penduduk bergegas ke pantai kerana mahu membantu pasukan penyelamat terutama jika ada mangsa yang masih hidup.

“Sebaik sampai di kawasan itu, saya lihat beberapa mayat lelaki dan wanita terdampar di sepanjang pantai itu, memang menyedihka­n,” katanya.

Menurut Sirat, dia dimaklumka­n, mayat berkenaan dijumpai sekumpulan nelayan yang turun ke pantai untuk mencari kepah pada jam 9 pagi, semalam.

“Ketika mula-mula sampai di pantai itu, saya tidak tahu siapa mangsa kerana jika penduduk tempatan, agak mustahil ada yang berani melalui kawasan ini ketika laut bergelora ditambah pula banyak batu tajam,” katanya.

Sirat berkata, dia kemudian mendapat tahu mangsa adalah PATI, tetapi pelik kerana selama ini kawasan terbabit bukan lokasi kebiasaann­ya digunakan PATI untuk belayar.

Malah, katanya, sudah lama tidak berlaku kejadian bot pancung karam di Tanjung Rhu menyebabka­n ramai penduduk, termasuk dirinya seperti tidak percaya kejadian itu boleh berlaku di kampung mereka.

“Saya percaya bot ini mungkin mahu ke lokasi lain, tetapi dengan keadaan laut bergelora dan angin yang kuat menyebabka­nnya tersasar ke kawasan ini sebelum karam,” katanya.

Setakat jam 7 malam tadi, tragedi bot pancung itu mengorbank­an 10 penumpang dipercayai warga Indonesia terdiri daripada enam wanita dan empat lelaki.

Dua penumpang dijumpai selamat dan kini dirawat di Hospital Mersing.

Bot yang dipercayai dinaiki mangsa ditemui kira-kira 100 meter dari persisiran pantai dalam keadaan terbalik.

Siasatan awal polis mendapati bot berkenaan membawa 40 penumpang dan belayar dari Batam, Indonesia menuju ke Malaysia menggunaka­n laluan tidak sah jam 8.30 malam, kelmarin dan dipercayai karam pada jam 4 pagi semalam berdasarka­n keadaan dan jarak mayat ditemui.

Saya percaya bot ini mungkin mahu ke lokasi lain tetapi dengan keadaan laut bergelora dan angin yang kuat menyebabka­nnya tersasar ke kawasan ini sebelum karam” Sirat Semani

 ??  ?? ANGGOTA APM mengangkat mayat mangsa kejadian bot pancung karam.
ANGGOTA APM mengangkat mayat mangsa kejadian bot pancung karam.
 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai membantu anggota APM dan polis menaikkan bot pancung yang karam di perairan
Tanjung Rhu, Mersing.
ORANG ramai membantu anggota APM dan polis menaikkan bot pancung yang karam di perairan Tanjung Rhu, Mersing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia