Harian Metro

GURAUAN KAWAN CUCUH API

„ Remaja melecur di badan akibat rakan simbah petrol, acu pemetik api

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Kalau boleh saya nak selesaikan masalah ini dengan baik

Haslinda Hashim

“Saya tak mahu main, tapi kawan (Ayie) ambil petrol yang diisi dalam plastik dan simbah pada badan saya. Kemudian dia acu pemetik api sambil memetiknya dan acah-acah kepada saya.

“Tiba-tiba api menyala di badan menyebabka­n saya menjerit sakit, manakala Ayie melarikan diri.”

Begitu kata Muhammad Ikwan Fahami Mohd Shahrizal, 13, menceritak­an kejadian dia disambar api di padang Taman Nuri, di sini, jam 5.30 petang Khamis lalu.

Menurutnya, Ayie yang dikenaliny­a bergurau dengan pemetik api selepas menyimbah badannya dengan petrol.

“Saya menjerit dan berguling-berguling kerana terlalu panas manakala dua rakan lain cuba membantu dengan mengibas pakaian mereka di badan saya. Selepas itu saya tidak sedarkan diri,” katanya.

Muhammad Ikwan Fahami dari Kampung Pengapit Batu, dekat sini, melecur di bahagian pinggang, tangan dan jari kiri selepas terkena api nyalaan petrol dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, sejak lima hari lalu.

Dia ditemui wartawan bersama ibunya, Haslinda Hashim, 38, di lobi HSB, semalam ketika menerima sumbangan wang tunai daripada Pertubuhan Bantuan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (PBKMNK).

Menurut Muhammad Ikwan Fahami, pada hari kejadian, lima rakan mengajak dia bermain bola api menggunaka­n buah pumpong yang dibakar dengan petrol namun tidak menyangka kejadian itu menyebabka­n dia melecur di badan.

Sementara itu, ibunya Haslinda Hashim, 38, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi jiran rakannya di taman perumahan itu sekitar jam 6.30 petang.

“Sebaik sampai di padang itu jam 7 malam, anak saya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam berada dalam ambulans dan tidak sedarkan diri.

“Saya lihat bahagian pinggang kanan belakang dan depan menjadi merah, kedua-dua tangannya juga merah dan melecur, malah dia hanya sedar pada sebelah malam.

“Selepas lima hari dirawat, hari ini (semalam) dia dibenarkan pulang ke rumah, tetapi perlu datang semula untuk rawatan susulan Khamis ini,” katanya.

Haslinda mengakui kecewa apabila waris kepada rakan anaknya tidak memberikan sebarang maklum balas dengan tindakan anak mereka.

“Saya dah pergi jumpa waris budak lelaki yang membakar anak saya, tapi dia hanya diam, kalau boleh saya nak selesaikan masalah ini dengan baik kerana kami saling kenal selain ibu saya juga tinggal di Taman

Nuri.

“Sekurang-kurangnya saya mahu ganti rugi kerana suami hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM600 sebulan... banyak kos yang perlu saya tanggung untuk rawatan susulannya,” katanya yang juga suri rumah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Nashir Ya mengesahka­n menerima laporan kejadian namun polis tidak membuka kertas siasatan kerana keluarga kedua-dua pihak mahu menyelesai­kan secara baik.

Beliau berkata, bapa mangsa berusia 36 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Jumaat lalu.

“Berikutan laporan itu, kami memanggil ibu suspek untuk diambil keterangan dan hasil siasatan mendapati anaknya tiada niat menyebabka­n kecederaan terhadap rakan baiknya itu.

“Suspek dikatakan bermain bola api dengan petrol sambil mengajak mangsa bermain walaupun dia enggan.

“Ada bekas mengandung­i bahan bakar itu berada berhampira­n mereka menyebabka­n ia terkena api lalu menyambar mangsa,” katanya ditemui di IPD Kota Setar, semalam.

Mohd Nashir berkata, suspek pulang ke rumah dan menceritak­an kejadian kepada ibunya sebelum melarikan diri kerana takut tetapi pulang semula selepas itu.

“Mangsa dihantar ke HSB oleh bapanya untuk rawatan dan mengalami 10 peratus melecur,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? HASLINDA menunjukka­n kecederaan dialami Muhammad Ikwan yang melecur di tangan dan badan.
HASLINDA menunjukka­n kecederaan dialami Muhammad Ikwan yang melecur di tangan dan badan.
 ??  ?? KEADAAN badan Muhammad Ikwan yang melecur 10 peratus.
KEADAAN badan Muhammad Ikwan yang melecur 10 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia