Harian Metro

CALON PRESIDEN FAM

„ KLFA, PFA nyata sokongan kepada Khairy bagi rebut jawatan tertinggi FAM

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Perebutan paling sengit jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan berlaku pada pemilihan Kongres FAM ke-53 25 Mac depan selepas empat individu termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mendapat pencalonan daripada ahli gabungan.

Pencalonan Khairy, Timbalan Presiden FAM 2007-2010 itu bukan sesuatu yang mengejutka­n apabila Arena Metro semalam melaporkan beliau turut menjadi calon pilihan untuk menerajui badan induk bola sepak negara.

Kehadiran Khairy yang difahamkan mendapat pencalonan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) menyaksika­n saingan empat penjuru selepas calon pilihan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankua­sa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat turut disenarai sebelum tarikh tutup pencalonan jam 5 petang semalam.

Pada pemilihan Kongres ke-52 pada 2014, hanya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Ismail bertanding merebut kerusi panas itu selepas Sultan Ahmad Shah membuat keputusan tidak mahu mempertaha­nkan jawatan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pencalonan yang diterima itu memberikan petanda ramai tokoh berminat untuk membantu membangunk­an bola sepak tanah air.

“Kami menerima pencalonan dari semua 20 ahli gabungan dan kali ini nampak sengit dan terbuka. Ini sesuatu yang positif kerana ramai tokoh ingin memberikan khidmat terhadap FAM.

“Bukan sesuatu yang mengejutka­n Khairy dicalonkan kerana namanya sudah disebut-sebut sebelum ini. Siapa saja warga negara Malaysia boleh bertanding asalkan mendapat pencalonan ahli gabungan,” katanya ketika ditemui semalam. Bagaimanap­un Hamidin enggan mendedahka­n jumlah pencalonan yang diterima empat calon itu dan memaklumka­n semua calon perlu membuat pengesahan untuk bertanding sebelum 13 Februari ini.

“Saya tak boleh berikan jumlah pencalonan yang diterima setiap calon ini. Ada calon yang tak tahu beliau dicalonkan dan ada calon yang dicalonkan bagi dua jawatan jadi mereka perlu memilih satu jawatan saja untuk bertanding. Senarai akhir yang akan bertanding akan diumumkan pada mesyuarat Exco 20 Februari ini,” katanya.

Sementara itu Hamidin yang menyatakan tidak sempat untuk melihat semua borang pencalonan bagi jawatan lain menyatakan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden turut mendapat perhatian ramai.

“Bagi jawatan Timbalan Presiden kami menerima lebih kurang 10 pencalonan untuk merebut dua kerusi manakala bagi jawatan Naib Presiden pula 15 pencalonan untuk empat kerusi,” jelasnya.

Turut dipertandi­ngkan pada pemilihan kali ini adalah 10 kerusi jawatan Exco.

Exco FAM membuat keputusan untuk mempercepa­tkan pemilihan yang sepatutnya berlangsun­g pada 2018 selepas Presiden Tengku Abdullah berhasrat untuk meletakkan jawatan.

 ??  ??
 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN
 ??  ?? ASEH
ASEH
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia