Harian Metro

POLIS DIHEMPAP GUNI

Anggota polis balik selepas rondaan maut nahas

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Rondaan cegah jenayah seorang anggota polis malam kelmarin menjadi tugasan terakhir apabila dia terbunuh dihempap bungkusan berisi makanan udang ketika dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Bukit Tingi , Kilometer 41 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampira­n Bukit Tinggi, di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa Lans Koperal Mohd Hafify Abu Bakar, 30, meninggal dunia di tempat kejadian apabila parah di kepala dan badan akibat dihempap beberapa bungkusan guni makanan udang yang setiap satunya seberat 50 kilogram.

Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal secara berasingan bersama seorang anggota lagi, Lans Koperal Zulkhairie­ey Zulkifli, 30-an dan mereka baru selesai menjalanka­n rondaan cegah jenayah sempena Op Selamat Tahun Baru Cina di kawasan Genting Sempah, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ben- tong Superinten­dan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, berdasarka­n siasatan awal, ketika melalui kawasan berselekoh di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah sama yang membawa muatan makanan udang dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan licin.

“Keadaan itu mengakibat­kan muatannya terjatuh dan menghempap kedua-dua mangsa sehingga menyebabka­n Mohd Hafify maut di tempat kejadian manakala Zulkhairie­ey patah bahu kanan.

“Lori itu pula terbabas dan terjatuh ke gaung kira-kira 400 meter dari tempat kejadian, bagaimanap­un pemandunya hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang melalui tempat kejadian cuba membantu mangsa sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tiba dan mengeluark­an mangsa yang tertimbus.

“Bagaimanap­un, Mohd Hafify disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit kemudian dan mayatnya dihantar ke Hospital Bentong, di sini, untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menghantar muatan makanan udang itu ke Pekan.

“Siasatan turut mendapati pemandu lori berkenaan yang berusia 35 tahun memiliki enam saman dengan dua daripadany­a mempunyai waran manakala lesen memandunya juga sudah tamat tempoh.

“Polis menahan reman lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut selama empat hari sehingga 26 Januari ini dan dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang dihempap beberapa bungkusan makanan udang.
KEADAAN motosikal mangsa yang dihempap beberapa bungkusan makanan udang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia