Harian Metro

GENG TUAH MACAMMACAM ADA

„ Sindiket palsu dokumen ‘jual’ Datuk Seri

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Satu sindiket pemalsuan dokumen yang digelar Geng Tuah dikesan menawarkan pelbagai dokumen terutama pengenalan diri dengan pelanggan mereka.

Lebih mengejutka­n pelanggan boleh memilih apa saja maklumat yang ingin digunakan di dokumen terbabit termasuk gelaran kenamaan seperti Datuk, Datuk Seri dan Datuk Seri Panglima Diraja.

Kegiatan jenayah terbabit bagaimanap­un ditumpaska­n polis dengan tertangkap­nya lima suspek termasuk kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan guru dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini, Taiping serta Padang Rengas, Kuala Kangsar pada Jumaat lalu dan kelmarin.

Sindiket berkenaan dipercayai aktif menyediaka­n pelbagai dokumen palsu seperti cukai jalan, geran kenderaan, MyKad, MyKid, lesen memandu, pasport dan pelbagai dokumen lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, tangkapan dibuat hasil risikan sebulan Jabatan Siasatan Jenayah D4 (Risikan Jenayah) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dengan serbuan pertama membawa penangkapa­n dalang sindiket berkenaan.

“Kegiatan jenayah ini terbongkar hasil maklumat disalurkan seorang pelanggan yang ditipu orang tengah

sindiket berkenaan selepas tidak mendapat dokumen dijanjikan walaupun wang sudah dibayar.

“Polis kemudian menjalanka­n risikan terhadap orang tengah hingga membawa kepada serbuan dan penangkapa­n dalang sindiket di rumah, Taman Maju Rapat, di sini, jam 4.30 petang Jumaat lalu,” katanya, semalam.

Menurutnya, dokumen palsu ditawarkan pada harga ratusan hingga ribuan ringgit termasuk pakej beberapa dokumen pengenalan diri dengan menggunaka­n bahan pembuatan tulen, tetapi maklumat peribadi palsu.

“Sebagai contoh, kad pengenalan atau MyKad diubah suai maklumat mengikut kehendak pembeli dijual dengan harga minimum RM2,000 dan harganya lebih tinggi jika pembeli warga asing seperti Myanmar dan Filipina.

“Jenayah sindiket ini serius kerana menggunaka­n bahan tulen dipercayai diperoleh daripada orang dalam agensi kerajaan dan dokumen digunakan sukar dikesan palsu jika hanya sekadar pemeriksaa­n fizikal,” katanya.

Gan berkata, dalang sindiket lelaki berusia 43 tahun dipercayai melakukan kegiatan jenayah berkenaan sejak beberapa tahun lalu dengan dibantu beberapa ahli termasuk kakitangan awam.

“Dalam soal siasat dalang itu mendakwa sindiket bergerak bekerjasam­a dengan beberapa individu lain termasuk seorang lelaki lain seusianya yang menggunaka­n gelaran palsu Datuk Seri Panglima Diraja.

“Suspek Datuk Seri Panglima Diraja ditahan di Ipoh pada Jumaat lalu dan siasatan lanjut menemui tiga kenderaan mewah Mercedes Benz, BMW dan Toyota Alphard disyaki kenderaan klon serta beberapa dokumen pengenalan diri menggunaka­n maklumat palsu.

“Semalam (kelmarin) polis menahan tiga lagi termasuk suami isteri berusia 37 tahun yang juga kakitangan Pos Malaysia dan guru di Pokok Assam, Taiping serta lelaki berusia 49 tahun di Padang Rengas,” katanya.

Menurutnya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis juga mengenal pasti beberapa lagi ahli sindiket yang masih bebas.

“Individu yang memiliki dokumen palsu daripada sindiket ini dinasihatk­an menyerah diri bagi membantu siasatan dan jika gagal berbuat demikian serta ditangkap mereka boleh didakwa bersubahat dalam kegiatan jenayah yang boleh mengancam keselamata­n negara ini selain digunakan untuk tujuan kegiatan penipuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GAN (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Superinten­dan Lee Ewe Kiang (dua kiri) melihat pelbagai
dokumen palsu yang dirampas.
GAN (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Superinten­dan Lee Ewe Kiang (dua kiri) melihat pelbagai dokumen palsu yang dirampas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia