Harian Metro

‘Gambar banyok ubat rindu mek’

- Isma Ismail dan Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Kita ambik gambar banyok-banyok (banyak) Mek di Madinah dan Makkah ni, nanti boleh jadi kenangan terakhir dan bersejarah kita. Kalau Adam (Muhammad Ramadhan) meninggal bolehlah tengok gambar pengubat rindu Mek,” begitu kata-kata Muhammad Ramadhan Alias, 20, pesakit leukemia yang meninggal dunia Sabtu lalu ketika menerima rawatan di Hospital Al-Ansar, Madinah kepada ibunya, Saibah Yaacub, 57.

Anaknya itu berkata demikian sebelum kesihatann­ya bertambah teruk selepas mereka tiba di Madinah dan ia masih terngiang-ngiang di telinganya.

Katanya, arwah anaknya itu juga memaklumka­n mahu membeli kurma paling mahal untuk dihadiahka­n kepada kawan baiknya termasuk pihak yang berusaha membantuny­a ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n umrah.

“Semua impian arwah itu tidak kesampaian namun saya reda, malah bersyukur apabila arwah dikebumika­n di Perkuburan Baqi’ kerana di situ menjadi makam keluarga serta sahabat Nabi Muhammad SAW.

“Alhamdulil­lah semuanya selesai (pengebumia­n) dan berjalan lancar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang serta ditempatka­n di sisi orang soleh,” katanya.

Muhammad Ramadhan dari Kampung Beril, Paka meninggal dunia jam 11.20 pagi Sabtu lalu waktu Malaysia selamat dikebumika­n di Perkuburan Baqi’ jam 10 malam tadi.

Menurut Saibah, pengebumia­n anaknya itu disempurna­kan selepas solat Asar dan jam 5 petang waktu tempatan terus bertolak ke Makkah.

“Saya kini mengerjaka­n umrah selepas tiba di Makkah jam 1 pagi (waktu tempatan) dan saya tidak putus-putus berdoa di depan Kaabah untuk kesejahter­aan arwah Adam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dia mengakui tidak cukup tidur sejak tiba di Madinah kerana menjaga anaknya yang tiba-tiba tahap kesihatann­ya merudum termasuk mengalami pendarahan melalui mulut, hidung dan telinga.

Katanya, dia berterima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun, Zainun Abu Bakar serta beberapa lagi rakan wanita UMNO yang sepanjang masa menemaniny­a di Madinah sehingga jenazah anaknya itu selesai dikebumika­n.

“Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman) yang membantu serta mendoakan kesejahter­aan kami di sini,” katanya.

Muhammad Ramadhan dan Saibah ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n umrah selepas dibiaya Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) dan kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rayhar Travels yang menguruska­n Muhammad Ramadhan dan Saibah ke Tanah Suci, Harun Ahmmu berkata, jadual Saibah mengerjaka­n umrah di Makkah berlangsun­g mengikut perancanga­n.

Pihaknya berharap umrah Saibah berjalan lancar dan wanita itu juga ditemani beberapa kenalannya sepanjang berada di Makkah serta dibantu petugasnya.

“Setakat ini, Saibah tiba di Makkah dan berada dalam keadaan baik dan berharap dia dapat mengerjaka­n umrah dalam keadaan selesa dan terbaik,” katanya.

Saibah yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) bersama anaknya dan rombongan pada Rabu lalu dijadualka­n pulang ke tanah air pada 28 Januari ini.

 ??  ?? PENGEBUMIA­N jenazah Muhammad Ramadhan disempurna­kan di Perkuburan Baqi' di Madinah, semalam.
PENGEBUMIA­N jenazah Muhammad Ramadhan disempurna­kan di Perkuburan Baqi' di Madinah, semalam.
 ??  ?? SAIBAH (kanan) ditemani kenalannya menunggu pengebumia­n anaknya selesai.
SAIBAH (kanan) ditemani kenalannya menunggu pengebumia­n anaknya selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia