Harian Metro

Curahan simpati tak putus

-

Bukit Mertajam: “Saya akan manfaatkan sumbangan ini untuk perbelanja­an keperluan kami tiga beradik,” kata Nor Hidayah Azlan, 23, yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kehilangan ibu bapa akibat demam denggi pada 16 dan 17 Januari lalu.

Nor Hidayah yang juga penuntut tahun akhir Diploma Multimedia di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh, Perak berkata, dia dan dua adiknya, Mohd Ridzuan Izham, 18, dan Mohd Firdaus, 14, berterima kasih atas keprihatin­an serta sumbangan yang tidak putus-putus daripada orang ramai.

“Alhamdulil­lah, kami bersyukur kerana ramai pihak sudi menghulurk­an bantuan, sekali gus meringanka­n beban kami,” katanya.

Menurutnya, adiknya Ridzuan bekerja sambilan di restoran makanan segera sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala adik bongsunya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai Indah.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bersama Sukarelawa­n Profesiona­l Muda Parlimen Permatang Pauh menziarahi tiga beradik berkenaan di rumah mereka di Pangsapuri Taman Delima Indah, di sini, semalam.

Katanya, pihaknya turut menyampaik­an sumbangan wang tunai termasuk barangan keperluan harian.

“Kami juga bantu membayar tambang bas sekolah Firdaus selama setahun,” katanya.

Tiga beradik terbabit menjadi yatim piatu selepas bapa mereka, Azlan Md Din, 49, meninggal dunia 16 Januari lalu di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala ibunya, Normah Amiruddin, 45, meninggal dunia 17 Januari lalu di Hospital Pulau Pinang akibat denggi.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubung­i Nor Hidayah di talian 011-10261201 atau menyalurka­n sumbangan ke akaun bank CIMB milik Nor Hidayah.

 ??  ?? MOHD Zaidi (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Nor Hidayah dan dua adiknya Mohd Firdaus (dua dari kanan) dan Mohd Ridzuan Izham, semalam.
MOHD Zaidi (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Nor Hidayah dan dua adiknya Mohd Firdaus (dua dari kanan) dan Mohd Ridzuan Izham, semalam.
 ??  ?? Metro, semalam. LAPORAN Harian
Metro, semalam. LAPORAN Harian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia