Harian Metro

Bantu gelandanga­n bebas kemelarata­n

- Yusri Abdul Malek

MAK Cik Ainun, 50-an dari pantai timur, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari anak lelaki tunggalnya berusia 25 tahun yang sudah hampir 10 tahun menghilang­kan diri, namun akhirnya terpaksa merempat dan menjadi gelandanga­n.

Hidupnya kini hanya bertemanka­n kotak dan sebuah beg lusuh mengandung­i beberapa helai pakaian dan selimut.

Dia melelapkan mata di mana-mana kaki lima bangunan buat seketika sementara menunggu siang sejak setahun lalu.

Baginya, itulah kehidupan baru yang perlu dilalui selepas semua wang simpanan digunakan untuk mencari anaknya di serata tempat kehabisan.

“Saya cari tin aluminium atau jadi tukang cuci pinggan di kedai makan untuk dapat sedikit wang bagi perbelanja­an harian. Kalau malam minggu banyak pihak bagi makanan dan minuman percuma,” katanya ketika ditemui penulis di Jalan Tuanku Abdul Rahman, baru-baru ini.

Beliau yang agak tidak terurus pada mulanya enggan menceritak­an kisah kehidupann­ya yang terpaksa berkelana ke ibu kota, namun selepas dipujuk berulang kali, beliau akur dan memulakan bicara.

Dulu Mak Cik Ainun (bukan nama sebenar) ada menjalanka­n perniagaan kecil-kecilan di kampungnya selepas suami meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dia kesunyian berikutan anak lelaki tunggalnya tidak pernah pulang ke kampung untuk bercuti atau berhari raya sejak keluar dari rumah hampir 10 tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan.

Malah, tiada juga panggilan telefon atau surat diterima sejak itu. Kemudian beliau bertekad untuk datang ke Kuala Lumpur mencarinya walaupun mengetahui tindakanny­a itu umpama mencari jarum di dalam jerami.

“Dulu mula-mula tiba, duduk kat hotel bajet, lama-kelamaan wang makin habis dan terpaksa tidur di kaki lima. Saya tiada saudara rapat di KL ni. Biarlah tidur di kaki lima, mungkin jika ada wang lebih, saya nak pulang semula ke kampung untuk menghabisk­an sisa hidup. Kepada Allah saya berserah agar anak lelaki saya insaf dan pulang ke kampung suatu hari nanti.

“Namun buat masa ini, saya tiada wang. Apa yang ada hanya RM2 dalam simpanan, apa yang boleh dibuat untuk duit sebanyak itu. Untuk makan mungkin boleh kerana ada yang kesian tapi untuk yang lain kena usaha sendiri,” katanya sambil mengesat air mata.

Perbualan kami kemudian terganggu seketika apabila sekumpulan ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) menghulurk­an makanan dan air kepada Mak Cik Ainun dan juga beberapa gelandanga­n lain berada berhampira­n.

Selepas mengucapka­n terima kasih atas sumbangan makanan itu, Mak Cik Ainun menyambung perbualan dengan memuji tindakan NGO berkenaan yang sanggup membantu insan sepertinya.

“Rakyat Malaysia ini baik-baik belaka... mereka sudi membantu tanpa berasa jijik, saya amat bersyukur dan menghargai bantuan diberikan. Hanya Allah dapat membalas jasa baik semua yang membantu ini,” katanya.

Bagi yang mahu membantu Mak Cik Ainun memulakan hidup baru di kampung boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 7001642259.

Kisah Mak Cik Ainun teladan buat renungan bersama bagaimana kuatnya kasih ibu hingga sanggup datang ke ibu kota mencari anak, tetapi akhirnya menjadi gelandanga­n.

Malah, isu gelandanga­n ini bukannya isu baru sebenarnya, jika tidak percaya bolehlah menyusuri sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Chow Kit dan Jalan Masjid India dan deretan kaki lima di sekitar ibu kota pada waktu tengah malam pasti akan bertemu dengan manusia tidak berumah ini.

Kaki lima dan kepingan kotak seolah-olah menjadi tilam empuk buat mereka melelapkan mata, untuk yang ada anak kecil, kehidupan mereka lebih terhimpit.

Sehingga kini, berdasarka­n bancian dijalankan pihak berkuasa, dianggarka­n lebih 2,000 gelandanga­n berada di

 ??  ?? BANYAK persatuan, NGO dan orang perseorang­an menghulurk­an makanan dan minuman percuma kepada golongan gelandanga­n di ibu kota.
BANYAK persatuan, NGO dan orang perseorang­an menghulurk­an makanan dan minuman percuma kepada golongan gelandanga­n di ibu kota.
 ??  ?? KEWUJUDAN Anjung Singgah dan Pusat Transit Gelandanga­n memberi cahaya kehidupan lebih baik kepada golongan gelandanga­n.
KEWUJUDAN Anjung Singgah dan Pusat Transit Gelandanga­n memberi cahaya kehidupan lebih baik kepada golongan gelandanga­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia