Harian Metro

MAMA JAHAT

„ Wanita ambil syabu abai dua zuriat kelaparan

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

> Tergamak seorang ibu membiarkan dua anaknya meraung kelaparan sedangkan dia bersama adik perempuann­ya telentang khayal tidak sedarkan diri selepas menghisap syabu. Ketika serbuan kira-kira jam 10 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berusia dua dan tiga tahun itu menangis meminta susu dalam keadaan seluar mereka dipenuhi najis, lapor Fardy Bungga

Tergamak membiarkan dua anak meraung kelaparan meminta susu manakala dirinya telentang khayal tidak sedarkan diri di bilik tidur selepas menghisap syabu.

Itu suasana sedih disaksikan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila menyerbu rumah di Desa Mentari, di sini, yang dihuni ibu berusia 28 tahun bersama adik perempuann­ya berusia 23 tahun jam 10 pagi kelmarin.

Keadaan kanak-kanak lelaki berusia dua dan tiga tahun itu cukup kotor dengan seluar dipenuhi najis dan tidak dipedulika­n ibu kandung dan ibu saudara yang khayal.

Sumber AADK berkata, sebaik pintu rumah dibuka selepas diketuk beberapa kali, dua kanak-kanak berkenaan meraung meminta susu kerana kelaparan.

“Wanita itu dengan wajah selamba mendakwa tiada bekalan susu di rumah itu untuk anaknya.

“Wanita itu memberi alasan terlupa pergi ke kedai untuk membeli susu anaknya kerana terlalu sibuk. Namun pemeriksaa­n mendapati wanita itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya.

Simpati terhadap nasib kanak-kanak itu, seorang anggota penguat kuasa AADK pergi ke kedai untuk membeli susu selepas si kecil tidak henti menangis meminta susu dan kelaparan.

Tambah mengejutka­n, wanita itu mengaku dua anaknya tidak sah taraf hasil hubungan luar nikah dengan kenalan lelaki.

Malah, dia juga mendakwa tidak tahu di mana bapa kandung dua anaknya dan hanya menagih simpati daripada rakan serta saudara mara untuk menampung hidup mereka.

Wanita itu yang disoal siasat mengaku mengambil syabu sehingga mengabaika­n anaknya.

Sementara itu Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilniz­ar Nordin berkata, kedua-dua wanita terbabit antara 20 individu termasuk lima wanita ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, kedua-dua wanita itu didapati positif mengambil syabu selepas ujian saringan air kencing dijalankan terhadap mereka.

“Ketika serbuan dilakukan, dua anak kecilnya dilihat terabai dan keadaan rumah juga berselerak dan kotor.

“Kami menahan kedua-dua wanita itu sebelum dilepaskan dengan jaminan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mereka perlu melapor diri mengikut jangka masa ditetapkan setiap bulan. “Mereka dilepaskan atas dasar kemanusiaa­n dan ketiadaan ahli keluarga yang dapat menjaga kedua-dua kanak-kanak itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Shahrilniz­ar berkata, operasi dijalankan selaras usaha kerajaan untuk memerangi dadah habis-habisan.

Katanya, semua mereka dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut termasuk memanggil ahli keluarga masing-masing untuk proses ikat jamin.

Sehubungan itu, Shahrilniz­ar menyeru orang ramai membantu memerangi gejala dadah yang bukan saja boleh merosakkan institusi kekeluarga­an malah boleh merencatka­n pembanguna­n negara.

Katanya, setiap ahli keluarga yang mempunyai masalah penyalahgu­naan dadah boleh mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pejabat AADK berhampira­n untuk tindakan segera.

FAKTA

Kedua-dua wanita terbabit antara 20 individu ditahan dalam

serbuan

 ??  ?? Ibukhayal hisapsyabu
biarkan
Ibukhayal hisapsyabu biarkan
 ??  ?? WANITA yang ditahan positif syabu abaikan dua anak.
WANITA yang ditahan positif syabu abaikan dua anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia