Harian Metro

‘KAMI MASIH BAHAGIA’

„ Hanez nafi rumah tangga bergolak, hubungan kekal bahagia

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pelakon Hanez Suraya, 32, menafikan rumah tangganya bergolak ekoran timbulnya kekecohan dia memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Isnin lalu terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, 37.

Isu kepincanga­n rumah tangga mereka menjadi perhatian umum sejak beberapa bulan lalu, namun ia reda seketika selepas pasangan itu dipercayai berusaha mencari jalan memperbaik­i hubungan mereka termasuk bercuti di luar negara.

Menerusi akaun Instagramn­ya hari ini, Hanez berkata, perkahwina­nnya dengan Romie masih bahagia.

“Tiada apa yang perlu dijelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangny­a kami hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Alhamdulil­lah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanap­un, usaha Harian Metro untuk menghubung­i Hanez tidak berjaya apabila telefonnya tidak berjawab.

Menerusi laman sosial itu, Hanez turut memohon maaf kepada semua pihak apabila dia mengambil langkah mendiamkan diri sejak Isnin lalu.

“Berdiam diri bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mencari ruang untuk bertenang.

“Alhamdulil­lah, suami sentiasa tenang. Terima kasih atas sokongan kuat keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang selalu memberikan semangat dan mendoakan kami,” katanya.

Hanez dan Romie diijabkabu­lkan pada 25 Mac 2015 dan dikurniaka­n seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.

Apa yang terjadi biarlah kami berdua

selesaikan

Hanez

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia