Harian Metro

ALONG GANAS KOREA BERTAPAK

- Fardy Bungga dan Norizuan Shamsuddin am@hmetro.com.my

„ Ceti haram Korea hunus senjata, pecah masuk premis, rampas barang jika gagal lunas pinjaman

Jika kegiatan ceti haram (along) sebelum ini kerap dikaitkan dengan samseng tempatan namun kini along K-pop berasal dari Korea Selatan sudah mula berani bertapak di negara ini.

Ceti haram dikenali sebagai ‘agdeog sachaeeob ja’ itu bertindak seperti gangster apabila merampas barangan perniagaan mangsa yang gagal melunaskan hutang.

Mereka turut menggunaka­n senjata untuk memeras ugut mangsa yang kebanyakan­nya dalam kalangan peniaga tempatan dan ahli perniagaan Korea yang membuka perniagaan di negara ini.

Difahamkan mereka jauh lebih kejam apabila mengenakan kadar faedah 22 peratus sebulan kepada peminjam berbanding 10 hingga 15 peratus di kalangan along tempatan.

Peminjam bukan sahaja perlu membayar mengikut masa ditetapkan malah kumpulan along warga Korea ini juga berani memecah masuk premis perniagaan mangsa sesuka hati.

Kewujudan along Korea ini didedahkan seorang mangsa, Lim Young Ill, 46, yang dianiaya kumpulan along itu sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, dia menjadi mangsa keganasan ceti haram itu selepas menjadi penjamin kepada rakannya sendiri.

Lelaki warga Korea Selatan itu berkata, rakannya membuat pinjaman RM200,000 dengan along terbabit dengan kadar bunga RM22,000 sebulan.

“Masalah timbul apabila rakannya gagal membayar balik pinjaman dan melarikan diri kerana tidak tahan dengan ugutan along Korea terbabit.

“Selepas menghilang­kan diri, semua barangan di dalam premis perniagaan rakan saya dirampas oleh kumpulan along berkenaan.

Apa yang saya tahu, nilai barangan di dalam kedai itu hampir RM500,000,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lim berkata, walaupun sudah merampas semua barangan itu, kumpulan berkenaan masih tidak berpuas hati dan mencarinya untuk menuntut hutang.

“Pada 6 Januari lalu, kumpulan along itu memecah masuk gudang milik saya dan merampas 1,500 karton minuman keras bernilai RM200,000.

“Saya cuba berbincang dengan ceti haram terbabit namun mereka berkelakua­n ganas termasuk mengacukan pisau,” katanya.

Menurutnya, dia membuat

laporan polis selepas tidak tahan diganggu ceti haram Korea yang mendakwa hutang belum diselesaik­an.

“Saya bimbang keselamata­n diri dan keluarga. Saya mempunyai isteri dan dua anak yang masih kecil.

“Saya berharap pihak berkuasa negara ini membantu saya menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Mangsa memberitah­u dia membuat laporan di Balai Polis Selayang sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Dong Geun, 46, berkata, budaya along di Korea cuba dibawa masuk ke negara ini oleh kumpulan lelaki terbabit amat menggusark­an.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN premis yang digeledah along. Gambar kecil, mangsa membuat laporan.
KEADAAN premis yang digeledah along. Gambar kecil, mangsa membuat laporan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia