Harian Metro

Bos 04 ‘tersembam’

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

„ Ketua samseng 10 tahun dalam pelarian ditahan polis Thailand FAKTA Suspek terbabit dalam10kes rompakan dan bunuh di kedua-dua

negara

Seorang ‘kepala’ kumpulan kongsi gelap terkenal ‘Geng 04 ‘akhirnya diberkas polis selepas hampir 10 tahun hidup dalam pelarian di Thailand.

Suspek, Ye Boon Long, 53, atau nama gelarannya ‘Ar-Hu’ ditahan polis Thailand di Hatyai selepas melakukan rompakan bersenjata api di Jalan Montree di Hatyai, 6 Januari lalu.

Difahamkan, suspek dikehendak­i Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jenayah rompakan, memiliki senjata api dan peluru tanpa izin selain membunuh di negara ini dan Thailand sejak beberapa tahun lalu.

Suspek dianggap licik itu dicekup di rumah sewanya di Hatyai, tiga hari lalu.

Berdasarka­n laporan media Thailand, Ketua Bahagian Siasatan Polis Wilayah Songkla, Kolonel Sakda Jarengkul berkata, suspek dipercayai melarikan barang kemas seberat 1.7 kilogram bernilai 2.3 juta Baht (RM290,000).

Katanya, hasil pemeriksaa­n di rumah sewa itu, polis menemui beberapa barang kemas, wang tunai 127,400 Baht (RM16,000), pistol 9mm, 50 peluru dan baju serta motosikal yang digunakann­ya ketika rompakan itu.

Semalam, suspek dibawa ke kedai emas terbabit bagi menunjukka­n cara dia merompak premis berkenaan.

Menurut Sakda, ‘Ar-Hu’ juga memiliki rekod jenayah lampau di Malaysia dan Thailand, termasuk dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes rompak dan bunuh di kedua-dua negara itu.

Penjenayah itu juga dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan dua warga Thailand di Songkla pada 2014.

“10 tahun lalu, dia dipercayai terbabit dalam kes rompakan kedai emas di Butterwort­h, Pulau Pinang membabitka­n barang kemas bernilai RM6.4 juta,” katanya.

Selepas kejadian itu, dia melarikan diri ke Thailand dan bersembuny­i di Chiang Mai selama 10 tahun menggunaka­n identiti palsu yang dibeli pada harga 250,000 Baht (RM32,000).

“Warga Malaysia itu hanya terbabit dalam kes rompakan besar. Dia dituduh atas tiga kesalahan iaitu merompak, memiliki senjata dan peluru tanpa izin dan membunuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas berhubung penahanan suspek berkata, polis Thailand kerap melakukan tangkapan penjenayah Malaysia dikehendak­i di negara itu berdasarka­n maklumat disalurkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 ??  ?? SUSPEK ditahan Polis Songkla dua hari selepas terbabit kes rompakan kedai barang kemas di Hatyai, 6 Januari lalu.
SUSPEK ditahan Polis Songkla dua hari selepas terbabit kes rompakan kedai barang kemas di Hatyai, 6 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia