Harian Metro

Bekalan bawal putih dijangka berkuranga­n

-

Kuala Lumpur: Bekalan ikan bawal putih di Lembah Klang dijangka berkuranga­n menjelang perayaan Tahun Baru Cina, bagaimanap­un bekalan udang putih tidak terjejas sehingga bulan depan.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar borong dan pasar basah sekitar Lembah Klang mendapati bekalan ikan bawal putih semakin berkuranga­n dan ada pasar yang langsung tidak menjual ikan itu.

Kehabisan bekalan ikan bawal putih di Pasar Borong Selangor sekali gus menyebabka­n penjual ikan di pasar terbabit mempromosi­kan ikan bawal hitam dan ikan bawal emas.

Peniaga Khairul Anuar Kamarudin, 29, berkata, ikan bawal hitam yang boleh diperoleh dengan harga serendah RM20 sekilogram antara ikan yang boleh digantikan dengan ikan bawal putih di Pasar Borong Selangor.

“Semua penjual ikan di sini tidak mendapat bekalan ikan bawal putih saiz besar. Hanya beberapa gerai saja yang menjual ikan bawal putih saiz anak (kecil).

“Cuaca yang tidak menentu antara punca nelayan sudah tidak turun ke laut untuk mendapatka­n ikan tempatan ini. Bekalan ikan ini juga dijangka terjejas seminggu selepas Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, semalam.

Di Pasar Basah Kajang, hanya dua kedai saja menjual ikan bawal putih saiz besar yang dijual dengan harga RM50 sekilogram, namun bilanganny­a tidak banyak.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Chong, 50, berkata, bekalan ikan terbabit bergantung kepada pemborong ikan yang menghantar bekalan ke pasar berkenaan dan hanya hari tertentu saja boleh didapati.

“Bekalan tidak menentu. Kebanyakan peniaga ikan di sini hanya menerima ikan bawal putih saiz kecil saja untuk dijual. Sekiranya ada saiz besar, memang kami sepakat untuk dijual dengan harga RM50 sekilogram. “Sekarang musim hujan, nelayan tidak dapat tangkap ikan bawal putih. Melainkan ikan bawal hitam dan bawal emas yang boleh dipelihara,” katanya ketika ditemui di Pasar Basah Kajang, semalam.

Sementara itu, situasi berbeza di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) apabila bekalan masih belum terjejas namun difahamkan ia semakin berkuranga­n.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Ah Kok, 48, berkata, meskipun bekalan bawal putih masih boleh didapati di pasar berkenaan, peniaga perlu menjual dengan harga kawalan yang ditetapkan.

“Kami menjual ikan bawal putih dengan harga tetap RM38 sekilogram untuk saiz besar dan RM17 bagi saiz kecil. Bekalan memang semakin berkuranga­n sejak dua bulan lalu, tetapi harga dikawal walaupun ia sukar didapati di Kuala Lumpur.

“Bagaimanap­un, masyarakat Cina tidak kisah, mana-mana ikan pun sama. Kerapu dan tenggiri pun kami suka makan,” katanya yang sudah berniaga lebih 20 tahun di Pasar Besar TTDI, di sini.

 ??  ?? HANYA ikan bawal putih bersaiz kecil yang boleh didapati di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.
HANYA ikan bawal putih bersaiz kecil yang boleh didapati di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.
 ??  ?? BEKALAN ikan bawal putih saiz besar masih boleh didapati dengan harga RM38 sekilogram di Pasar Besar TTDI, Kuala Lumpur.
BEKALAN ikan bawal putih saiz besar masih boleh didapati dengan harga RM38 sekilogram di Pasar Besar TTDI, Kuala Lumpur.
 ??  ?? IKAN bawal putih saiz besar dijual dengan harga RM50 sekilogram di Pasar Basah Kajang.
IKAN bawal putih saiz besar dijual dengan harga RM50 sekilogram di Pasar Basah Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia