Harian Metro

Ibu pengantin melengung

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Majlis persanding­an seorang wanita di Kampung Kelat Rendang, di sini, Sabtu ini, mungkin terjejas selepas rumahnya dilanda banjir, sejak kelmarin.

Menurut Nor Azlina Bahuddin, 45, majlis perkahwina­n anak perempuann­ya itu mungkin berdepan kesukaran dan beberapa masalah memandangk­an mereka perlu berpindah ke pusat penempatan sementara dan persiapan majlis itu tergendala seketika.

Katanya, jika paras air tidak menunjukka­n tanda surut, kenduri dan majlis yang dirancang Sabtu ini mungkin diadakan secara ringkas.

“Saya dan suami tak sangka hujan lebat dua hari berturut-turut menyebabka­n rumah kami dinaiki air mendadak.

“Nak (hendak) buat macam mana, bencana alam kita tak dapat duga, mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini. Apa-apa pun semua barang persiapan perlu dipindahka­n segera, jika tidak lebih banyak kerugian ditanggung,” katanya di Pusat Pemindahan Sementara Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, di sini, kelmarin.

Menceritak­an pengalaman­nya, Nor Azlina berkata, banjir menyebabka­n kawasan dapur rumahnya ditenggela­mi air 0.5 meter.

Katanya, ketika kejadian jam 8 malam dia bersama anak perempuann­ya, Nur Fasihah Shaari, 22, menyiapkan persiapan majlis perkahwina­n itu sebelum menerima arahan berpindah.

“Kami sekeluarga segera berpindah ke pusat pemindahan selepas diarahkan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk berbuat demikian,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, segala barangan dan dokumen penting disimpanny­a di tempat selamat dan berharap banjir tidak terlalu buruk.

Sementara itu, peniaga, Azman Mokhtarudd­in, 58, berkata, dia diarahkan berpindah jam 10 malam selepas hampir keseluruha­n kawasan rumah dinaiki air.

Katanya, dia hanya membawa pakaian dan beberapa peralatan penting ke pusat pemindahan sebelum bantuan seperti selimut dan tikar tiba untuk mereka bermalam di sana.

“Hujan lebat sejak beberapa malam lepas menyebabka­n saya dan isteri (Ramlah Razali, 46) dengan berat hati berpindah. Jika kami tak pindah takut banjir lebih besar berlaku,” katanya.

Dia berharap banjir kali ini tidak seburuk pada 2013 dan 2014 serta boleh pulang segera ke rumah untuk menjalanka­n perniagaan menjual makanan di kawasan kampung itu.

 ??  ?? MANGSA banjir ditempatka­n di pusat pemindahan sementara.
MANGSA banjir ditempatka­n di pusat pemindahan sementara.
 ??  ?? NOR Azlina
NOR Azlina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia