Harian Metro

Bayi 11 hari antara mangsa dipindahka­n ke balai raya Air meluru penuhi rumah

-

Kuantan: Suami isteri bersama bayi berusia 11 hari antara keluarga yang dipindahka­n ke Balai Raya Kampung Pahang, di sini, selepas rumah mereka dinaiki air.

Sebaik dipindahka­n jam 8 pagi semalam, Chen Kok Kiong, 19, dan isterinya, Nurul Nadia Natasha Apyato, 20, turut diuji apabila bayi mereka, Mohd Rahman Insan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami demam.

Menurut Chen, keadaan anak lelakinya kurang baik selepas mereka dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara itu sebelum dia membawa anaknya ke klinik untuk mendapatka­n rawatan.

“Sebaik tiba di klinik, doktor meminta anak saya dirujuk ke HTAA dan saya mengambil keputusan hantar isteri dan anak ke hospital untuk membolehka­n mereka menerima rawatan,” katanya di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Pahang, di sini, semalam.

Dia diarahkan berpindah oleh Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung selepas air memasuki seluruh kawasan rumahnya.

“Saya berharap banjir kembali pulih kerana saya ingin pulang ke rumah untuk menjaga anak dan isteri saya yang masih dalam pantang,” katanya.

Dia mengucapka­n terima kasih kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan kerana membantuny­a dan beberapa keluarga lain dalam urusan perpindaha­n ke pusat pemindahan sementara.

“Selama 48 jam terperangk­ap di dalam rumah akibat banjir, kami hanya mampu berdoa tiada haiwan berbisa memasuki rumah mengikut air,” kata Ruziah Mohd Jan, 39, mangsa banjir yang terperangk­ap di rumahnya di Taman Pawana, di sini.

Ruziah bersama suami, Anuar Abd Rahman, 48, dan dua anaknya, Saripah Nur Syazana, 7, dan Putra Mohd Rayan, 21 hari, tidak boleh keluar rumah akibat arus deras dan mengambil keputusan berlindung di bahagian atas rumah dua tingkat berkenaan.

Keluarga itu diselamatk­an pasukan penyelamat pada jam 11.30 pagi, semalam dan dibawa ke Kampung Tengah sebelum mengambil keputusan menumpang di rumah keluargany­a di bandar ini. Ruziah berkata, ketika kejadian, air naik dengan deras menyebabka­n dia tidak sempat menyelamat­kan barang penting. “Kami melihat air meluru masuk memenuhi rumah menyebabka­n kami mengambil keputusan tinggal di bahagian atas rumah sambil menunggu bantuan.

“Ketika terperangk­ap, saya hanya boleh memberikan bayi susu badan diselangi susu tepung bagi mengelakka­n dia lapar.

“Pada masa sama, kami berdoa tiada haiwan berbisa memasuki rumah dan Alhamdulil­lah, semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, disebabkan bekalan makanan mencukupi, mereka boleh melalui tempoh 48 jam itu tanpa masalah.

“Sejak tinggal di rumah berkenaan setahun lalu, inilah pengalaman pertama kami berdepan banjir sedalam 1.5 meter.

“Alhamdulil­lah, semuanya selamat dan saya berharap pihak berkuasa dapat menyelamat­kan mangsa lain,” katanya.

Difahamkan, lebih 10 keluarga di taman itu terperangk­ap di dalam rumah selama 48 jam kerana arus deras menyukarka­n pihak berkuasa menghulurk­an bantuan.

„ Empat sekeluarga berlindung di tingkat dua rumah selepas terperangk­ap arus deras

 ??  ?? RUZIAH (dua dari kiri) membawa bayinya menaiki bot pasukan penyelamat ke penempatan sementara.
RUZIAH (dua dari kiri) membawa bayinya menaiki bot pasukan penyelamat ke penempatan sementara.
 ??  ?? CHEN Kam Meon mendukung cucunya, Mohd Rahman untuk dibawa ke balai raya Kampung Pahang selepas rumah mereka dinaiki air.
CHEN Kam Meon mendukung cucunya, Mohd Rahman untuk dibawa ke balai raya Kampung Pahang selepas rumah mereka dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia