Harian Metro

Macam mana nak beraya...

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

“Saya sudah siap mengemas rumah dan menunggu kepulangan tiga anak bagi meraikan Tahun Baru Cina, Sabtu ini.

“Perancanga­n kini tergendala seketika sebaik kediaman dinaiki air,” kata warga emas, Woo Hoi Chee, 65, salah seorang mangsa banjir di Taman Sungai Gemas, di sini, semalam.

Woo berkata, dia yang tinggal bersendiri­an terjaga daripada tidur jam 3.30 pagi dan mendapati air dari Sungai Gemas semakin melimpah.

“Kira-kira jam 4 pagi, limpahan air memasuki kediaman hingga 0.5 meter. Semua jiran dipindahka­n ke Dewan Besar Gemas oleh bomba manakala saya pulang ke rumah adik terletak satu kilometer,” katanya.

Bekas pekerja kilang papan itu berkata, pada jam 10 pagi dia pulang ke rumahnya sebelum mendapati kebanyakan barangan sudah ditenggela­mi air.

“Saya hanya sempat memindahka­n televisyen, peti sejuk dan mesin basuh di tempat tinggi dengan bantuan anggota penyelamat. Saya sudah tua, tinggal seorang diri dan setiap kali banjir perlu membersihk­an lumpur. Sudah banyak kali kawasan ini banjir,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Beliau berkata, fikirannya kini bercelaru dan sukar untuk tidur sebaik memikirkan keadaan rumah, apatah lagi tiga anak lelaki yang bekerja di Johor, Kuala Lumpur dan Singapura akan pulang Sabtu ini.

Woo berkata, air dari Sungai Gemas melimpah disebabkan hujan berterusan sejak Isnin lalu sehingga awal pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah

Tampin, Superinten­dan Hamazah Ab Razak berkata, banjir di daerah itu berlaku di dua lokasi iaitu Taman Sungai Emas dan Taman Pinggiran Sungai

Kelamah.

„ Rumah warga emas dinaiki air tiga hari sebelum Tahun Baru Cina

 ??  ?? WOO membersihk­an rumahnya yang
dinaiki air. WOO ketika melihat keadaan rumahnya
yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri
Sembilan.
WOO membersihk­an rumahnya yang dinaiki air. WOO ketika melihat keadaan rumahnya yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan.
 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu memindahka­n barang Woo.
ANGGOTA bomba membantu memindahka­n barang Woo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia