Harian Metro

Hilang dibawa arus

-

“Saya dan bapa, Selamat Rahmat terpaksa berenang sejauh hampir 50 meter ke kawasan selamat untuk menyelamat­kan diri,” kata Mohd Nizam Selamat, 16, mangsa bot terbalik di Kampung Tengah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa antara lima orang yang menaiki bot sebelum terbalik menyebabka­n seorang daripada mereka, Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, dihanyutka­n arus deras. Mohd Nizam berkata, ketika kejadian tiba-tiba ombak kuat dari arah bertentang­an memukul bot dinaiki mereka menyebabka­n ia terbalik.

“Kami panik kerana berada di dalam air. Ketika kami cuba mententera­mkan diri kerana arus kuat, saya melihat sepupu, Mohd Fais Syafiq dihanyutka­n arus deras.

“Kami yang bergelut untuk menyelamat­kan diri berenang ke tebing manakala dua lagi penumpang bot berusia 20-an dan 30-an berpaut di tepi bot berkenaan.

“Mujur ada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tiba di lokasi dan menyelamat­kan mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengah, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Raub Selamat berkata, ketika kejadian, mangsa bersama bapa saudara, sepupu dan dua rakannya dalam perjalanan ke Kampung Tengah untuk menyelamat­kan harta

„ 2 beranak berenang ke tebing, 2 lagi berpaut pada bot terbalik

benda akibat banjir.

Bagaimanap­un katanya, bot dinaiki mereka dimasuki air sebelum terbalik menyebabka­n dua penumpang yang memakai jaket keselamata­n terapung manakala dua lagi menyelamat­kan diri dengan berpaut pada bot.

“Mangsa dihanyutka­n arus deras dan dikhuatiri lemas.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sebaik kami menerima laporan polis pada jam 7 malam, namun berdepan masalah kerana cuaca terlalu gelap,” katanya.

 ?? FOTO: AHMAD ISMAIL ?? PENOLONG Penguasa Bomba Kanan, Ketua Jabatan Bomba Penyelamat Bandar Putra, Segamat, Aizat Mamat (kiri) mengetuai operasi mencari mangsa lemas Mohd Fais Syafiq di Kampung Tengah, Segamat.
FOTO: AHMAD ISMAIL PENOLONG Penguasa Bomba Kanan, Ketua Jabatan Bomba Penyelamat Bandar Putra, Segamat, Aizat Mamat (kiri) mengetuai operasi mencari mangsa lemas Mohd Fais Syafiq di Kampung Tengah, Segamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia