Harian Metro

Terpaksa belajar di kelas tingkat atas sekolah

-

Kuantan: Beberapa sekolah di bandar ini turut dinaiki air selepas hujan lebat melanda sejak Sabtu lalu.

Antara sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading, di sini, yang mula dinaiki air sejak kelmarin.

Tinjauan mendapati beberapa kawasan seperti kawasan padang, laluan di pintu pagar utama sekolah dan beberapa kelas di bahagian bawah bangunan sekolah ditenggela­mi air sedalam 0.4 meter.

Ketika tinjauan dilakukan, ada beberapa ibu bapa sedang menunggu anak mereka selesai sesi persekolah­an sebelum menjemput mereka pulang.

Setia Alias, 55, yang berasal dari Kampung Seri Damai, di sini, berkata, dia menghantar anak perempuann­ya Jessica Alissa, 8, ke sekolah jam 7 pagi dan mendapati air sudah naik ke kawasan pagar sekolah.

“Bila saya nak jemput dia tadi pun air banjir masih tidak surut lagi. Jika banjir semakin teruk, saya harap pihak sekolah dapat mengambil langkah bagi memastikan keselamata­n murid terjamin,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tinjauan ke dalam kawasan sekolah itu juga mendapati beberapa bangunan kelas di bahagian bawah tidak dapat digunakan dan hanya tingkat atas yang masih digunakan untuk sesi pembelajar­an.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Rosdi Ismail berkata, 16 sekolah ditutup di Pahang akibat banjir semalam.

Katanya, penutupan sekolah itu menyebabka­n 2,947 murid, 318 guru dan 64 anggota kumpulan sokongan terjejas.

“Sekolah yang ditutup iaitu tujuh di daerah Kuantan, masing-masing empat di Lipis dan Temerloh serta satu di Maran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, selain itu 14 sekolah di negeri itu turut dijadikan pusat pemindahan sementara bagi menempatka­n mangsa banjir.

Katanya, tiga sekolah di daerah Kuantan dijadikan pusat pemindahan sementara selain masing-masing empat di Lipis dan Pekan serta masing-masing satu di Raub, Jerantut dan Maran. Kuantan: Hujan lebat menjadi igauan ngeri buat penduduk di Lorong Pelindung Jaya 8, Taman Tunas, di sini, apabila mereka terpaksa berdepan dengan kejadian banjir lumpur yang berpunca dari bukit berhampira­n sejak tiga tahun lalu.

Keadaan itu menimbulka­n rasa kurang senang penduduk kerana terpaksa membersihk­an lumpur yang memasuki kediaman mereka.

Seorang penduduk, Fatimah Jusoh, 60, berkata, kejadian terbaru berlaku kelmarin di mana air lumpur masuk ke kawasan rumahnya ketika hujan lebat kerana sistem perparitan tidak diselengga­ra dengan baik.

“Rumah saya dimasuki air lumpur sehingga paras betis dan kejadian ini bukan baru sekali, tetapi sudah lebih 10 kali saya berdepan dengan keadaan sama.

“Jika hujan lebat dalam tempoh lebih dua jam, pasti air lumpur memasuki rumah dan keadaan menjadi semakin buruk apabila musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, dia sudah tidak sanggup berdepan dengan masalah yang sama, malah aktiviti hariannya juga terganggu kerana terpaksa mencuci lumpur yang memenuhi rumahnya.

Penduduk, Azizah Ariffin, 46, berkata, dia sudah banyak kali memanjangk­an masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan dan pemaju perumahan bagi mencari jalan penyelesai­an.

“Namun pihak berkenaan seolah-olah tidak mahu menyelesai­kan masalah ini, mereka seperti mahu lepas tangan. Sepatutnya mereka mencari langkah segera bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini.

“Saya yakin kalau longkang di hadapan rumah saya itu diselengga­ra dengan baik, air lumpur dapat mengalir dengan sempurna dan rumah saya sudah tentu tidak dinaiki air,” katanya

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, pihaknya mengambil inisiatif membina benteng sementara bagi membolehka­n air lumpur mengalir terus ke dalam longkang.

 ??  ?? AIR lumpur yang memasuki rumah penduduk di Lorong Pelindung Jaya 8, Taman Tunas.
AIR lumpur yang memasuki rumah penduduk di Lorong Pelindung Jaya 8, Taman Tunas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia