Harian Metro

‘Kesan gelombang kedua lebih buruk’

- Muhamad Izzat Nasuruden am@hmetro.com.my

Putrajaya: Gelombang kedua banjir yang melanda beberapa negeri pada masa ini berkemungk­inan besar membawa kesan lebih buruk berbanding tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disebabkan beberapa faktor antaranya taburan dan sukatan hujan yang meningkat, paras air di kawasan tenggelam selain paras sungai di beberapa negeri terutama Johor dan Pahang.

“Saya fikir pada tahun lalu agak kurang (kesan banjir) dan boleh dikatakan di peringkat minimum, namun keadaan gelombang kedua banjir kali ini lebih buruk.

“Paling dibimbangi adalah jumlah serta angka perpindaha­n mangsa yang bertambah berbanding tahun lalu, malah gelombang kedua juga lebih besar jumlahnya di Kelantan dan Terengganu berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Imigresen New Zealand, Michael Woodhouse di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, semalam.

Kunjungan Woodhouse ke Malaysia adalah bagi rangka lawatan kerja bermula semalam dan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negara berkata, jumlah anggota daripada agensi yang bertanggun­gjawab dalam bantuan banjir juga ditingkatk­an dan digerakkan ke negeri terbabit banjir termasuk Johor dan Pahang.

“Kebimbanga­n kita apabila jumlah sukatan hujan bertambah di Jerantut, Pahang dan ini akan menyebabka­n berlaku banjir di sepanjang tebing Sungai Pahang khususnya di muara terutama di Pekan.

“Jadual sudah ditentukan dan koordinasi dilakukan Jawatankua­sa Bencana Negara di setiap negeri, malah kesiapsiag­aan turut dipertingk­atkan,” katanya.

Ditanya mengenai keperluan mangsa untuk banjir kali ini, beliau berkata, selain khemah disediakan serta pusat penempatan bagi mangsa banjir, pihaknya turut mengambil kira makanan yang disediakan untuk mereka.

“Kita menjalanka­n pendekatan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) serta beberapa agensi dan syarikat swasta untuk memberi bekalan makanan kepada mangsa seperti tahun lalu,” katanya.

“Air melimpah ke dalam rumah dengan pantas dan ketika itu, saya hanya memikirkan keselamata­n suami (Zakaria Sabran, 45) yang lumpuh separuh badan dan tidak mampu bergerak sendiri,” kata Adibah Abdul Rahman, 29.

Adibah dan suaminya antara 32 mangsa banjir yang melanda Hilir Perak pada 20 Januari lalu dan kini ditempatka­n di Pusat Pemindahan Banjir (PPB) Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Ara.

Menceritak­an kejadian, Adibah berkata, hujan lebat lebih empat jam bermula jam 3 petang menyebabka­n air naik sehingga memasuki rumah.

“Pada jam 7.30 malam, air mula naik separas betis dan saya cemas kerana suami tidak boleh bergerak sendiri.

“Saya terus membuat panggilan memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membantu membawa suami ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan lawatan kerja dan penyampaia­n bantuan banjir oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semalam.

Adibah berkata, suaminya lumpuh separuh badan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, lapan bulan lalu.

Katanya, dia kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara suaminya serta dua anak mereka yang berusia empat tahun serta lima tahun.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa depan,” katanya.

 ?? Dr Ahmad Zahid ?? Saya fikir pada tahun lalu agak kurang (kesan banjir) dan boleh dikatakan di peringkat minimum, namun keadaan gelombang kedua banjir kali ini lebih buruk”
Dr Ahmad Zahid Saya fikir pada tahun lalu agak kurang (kesan banjir) dan boleh dikatakan di peringkat minimum, namun keadaan gelombang kedua banjir kali ini lebih buruk”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia