Harian Metro

Bekas Pengarah Besar FELDA, 4 suspek direman 7 hari

-

Putrajaya: Lima suspek termasuk bekas Pengarah Besar FELDA, direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan menyalahgu­nakan kedudukan menerusi projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM45 juta (AS$10 juta) sejak 2014.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret, di sini, sehingga 31 Januari ini.

Suspek yang ditahan reman membabitka­n individu bergelar Datuk berusia 57 tahun dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik), 53, Ketua Hartanah FELDA di London, 38, seorang bekas pegawai yang terbabit secara langsung dengan projek ikan Sturgeon, 30, dan Penolong Pegawai Tadbir FELDA, 33.

Terdahulu, kelima-lima suspek terbabit yang memakai baju lokap warna jingga dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9.05 pagi dalam keadaan tangan bergari.

Bagaimanap­un, bekas Pengarah Besar FELDA dilihat tidak menutup mukanya, manakala empat suspek lain menutup muka masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukak­an tuntutan palsu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kelima-lima suspek terbabit ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyelewen­g RM45 juta projek ternakan ikan sturgeon, sejenis ikan primitif yang hidup sejak 200 juta tahun dulu dengan telurnya dihasilkan sebagai kaviar hitam bernilai tinggi.

Harga pasaran kaviar dianggarka­n antara RM9,000 hingga RM16,000 sekilogram, malah ada mencecah ratusan ribu ringgit bergantung kepada kualiti.

Semua suspek terbabit ditahan antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di sekitar Lembah Klang semalam menerusi Op Caviar dijalankan SPRM.

Laporan itu dipetik, suspek disyaki terbabit dalam penyelewen­gan projek Pemindahan Teknologi Penternaka­n Ikan Sturgeon bernilai RM45 juta sejak 2014.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani dilaporkan berkata, suruhanjay­a itu merampas pelbagai dokumen berhubung projek berkenaan, wang tunai dalam mata wang asing, barangan kemas dan kereta mewah milik semua suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa lima suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya.
PEGAWAI SPRM membawa lima suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro,
LAPORAN Harian Metro,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia