Harian Metro

Motor hadiah hari lahir

- Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my

„ Tukang jahit menang peraduan swafoto S&W

Hanya bermodalka­n RM2 membeli kad manila dan mengambil swafoto berlatarbe­lakangkan motosikal membawa tuah kepada tukang jahit wanita apabila diumumkan pemenang utama hadiah motosikal bernilai RM13,000 menerusi peraduan Selfie bersama Speed and Wheels (S&W), semalam.

Siti Nooraini Tuhalus, 32, berkata, dia mengambil masa 10 minit merakam swafoto paling kreatif.

“Saya dimaklumka­n mengenai hadiah ini pada 1 Disember 2016 iaitu sehari sebelum hari lahir saya. Ini hadiah paling besar pernah saya dapat sepanjang hidup. Sebelum ini, saya dah menyertai banyak peraduan lain, tetapi tak bernasib baik,” kata ibu kepada tiga anak ini.

Siti Nooraini yang memenangi motosikal Benelli TnT25 hadir bersama suami, Azam Salleh, 38, dua anak dan ahli keluarga dari rumahnya di Raub, Pahang.

Dia menerima hadiah berkenaan yang disampaika­n Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar di Balai Berita NSTP, di sini.

Turut hadir Pengarang Digital Harian Metro, Munir An’am Zuljadan, Editor S&W, Badrila Jamlus, Pengurus Kanan Benelli Keeway Motorcycle­s Sdn Bhd, Wan Najib Wan Daud dan Eksekutif Acara Givi Asia Sdn Bhd, Edwin Jacob.

Peraduan anjuran majalah digital interaktif S&W terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berlangsun­g dari Julai hingga Oktober tahun lalu menarik 500 penyertaan.

Sementara itu, jurugambar dari Kota Tinggi, Johor, Rosismer Roslan, 28, memenangi helmet Givi bernilai RM850.

Badrila berkata, pertanding­an ini bertujuan menarik lebih ramai pembaca memuat turun majalah digital interaktif ini. “Terima kasih kepada penaja peraduan iaitu Benelli Keeway Motorcycle­s Sdn Bhd yang menaja motosikal berkuasa 250cc itu dan Givi Asia Sdn Bhd yang menaja helmet.

“S&W memasuki edisi ke-11 pada 1 Februari ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyokong kami,” katanya.

 ??  ?? ROHANIS SHUKRI PEMENANG utama motosikal Benelli, Siti Nooraini dan Azam pada penyerahan motosikal Benelli TnT25 sempena peraduan swafoto bersama majalah digital S&W.
ROHANIS SHUKRI PEMENANG utama motosikal Benelli, Siti Nooraini dan Azam pada penyerahan motosikal Benelli TnT25 sempena peraduan swafoto bersama majalah digital S&W.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia