Harian Metro

Bilik rahsia bawah lantai Empat jam pecah pintu kebal

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

„ GRO warga China, Vietnam hilang dalam serbuan STAGG

Pengusaha pusat hiburan yang mengeksplo­itasi wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur sanggup mengeluark­an modal membina bilik rahsia bawah tanah dan sukar ditemui bagi memastikan ‘ayam’ mereka selamat jika lokasi terbabit diserbu pihak berkuasa.

Taktik terbaru itu dikesan Pasukan Taktikal Khas Antimaksia­t, Perjudian dan Gangsteris­me (STAGG) Bukit Aman ketika menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Medan Ipoh 4, Bandar Baru Medan, di sini, pada Op Noda, semalam.

Pada serbuan bermula jam 12.30 tengah malam hingga jam 7 pagi, STAGG menemui dua bilik rahsia bawah tanah berukuran kira-kira 40 meter persegi dengan ketinggian kira-kira satu meter.

Ia dilengkapi tilam, bekalan makanan dan minuman, pendingin udara, sistem pengaliran udara serta pintu menggunaka­n sistem hidraulik.

Ketua Operasi STAGG Superinten­dan Fazlisyam Abdul Majid berkata, serbuan serentak dibuat di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Medan dan Jalan Mustafa Al-Bakri itu berjaya menyelamat­kan 53 wanita dari China dan Vietnam berusia 22 tahun hingga 35 tahun.

Katanya, pada serbuan di

Ipoh: “Sepanjang membantu polis dalam operasi dijalankan, ini kali pertama saya perlu memecahkan pintu besi yang dilapisi konkrit serta menggunaka­n sistem hidraulik, ia seolah-olah pintu bilik kebal,” kata Pegawai Bomba Kanan II Dzulkeple Kassim.

Dzulkeple yang juga Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bersama enam anggotanya mengambil masa hampir empat jam untuk memecahkan pintu

Bandar Baru Medan, kehadiran pihaknya disedari penjaga premis yang menyembuny­ikan semua wanita terbabit dalam dua bilik rahsia terbabit.

“Kami terpaksa memecahkan cermin pintu utama bilik rahsia itu.

“Kami terkejut apabila polis meminta bantuan memecahkan pintu bilik rahsia di atas lantai dalam dua bilik karaoke.

“Sebelum ini saya pernah membantu untuk membuka atau memecahkan pintu, namun ia hanya pintu di dinding konkrit, tetapi kali ini kami berdepan cabaran kerana pintu besi ini dilapisi konkrit diatasnya,” katanya ketika ditemui di lokasi.

pusat hiburan terbabit dan pemeriksaa­n menemui dua bilik karaoke VIP serta beberapa bilik lain, namun gagal menemui GRO.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui pintu rahsia di atas lantai kedua-dua bilik karaoke

VIP berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurut beliau, anggota bomba mengambil masa hampir empat jam untuk memecah masuk dua bilik rahsia terbabit.

“Kami menemui 38 wanita masing-masing 30 dari China dan lapan dari Vietnam.

“Pusat hiburan ini sudah beroperasi sejak setahun lalu dan pernah diserbu tujuh kali sebelum ini, namun ini kali pertama kami menemui bilik rahsia terbabit,” katanya.

Fazlisyam berkata, pihaknya percaya pusat hiburan itu hanya beroperasi mengikut tempahan pelanggan tetap saja.

“Bilik VIP yang ditempah dianggarka­n berharga RM3,000 hingga RM5,000. Harga untuk khidmat GRO pula dianggarka­n RM300 seorang dan jika pelanggan ingin membawa mereka keluar bagi tujuan seks, mereka perlu membayar RM800 sehingga RM1,000 untuk tempoh 24 jam,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bilik rahsia bawah tanah yang hanya berketingg­ian kira-kira satu meter dan luas 40 meter persegi. TILAM dan minuman keras ditinggalk­an untuk GRO. PINTU masuk bilik rahsia.
KEADAAN bilik rahsia bawah tanah yang hanya berketingg­ian kira-kira satu meter dan luas 40 meter persegi. TILAM dan minuman keras ditinggalk­an untuk GRO. PINTU masuk bilik rahsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia