Harian Metro

Meluru bedil dua das tembakan

- Aizat Sharif dan Omar Osman am@hmetro.com.my

„ Bekas tentera guna pistol milik syarikat cuba rompak bank

Seorang penjenayah menyerbu sebuah bank di Taman Ria Jaya jam 8.35 pagi semalam, sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah dua pengawal keselamata­n yang cuba menghalang­nya menyebabka­n seorang daripada mangsa cedera.

Lebih mengejutka­n, suspek yang juga bekas tentera berusia 49 tahun bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat keselamata­n di bandar ini, malah dia menggunaka­n pistol milik syarikat tempatnya bekerja untuk melakukan jenayah terbabit.

Dalam kejadian itu, suspek yang memakai jaket dan bertopi keledar meluru ke arah pintu tepi dikhaskan untuk kakitangan sebelum merempuh masuk ke dalam bank.

Menurut sumber, ketika itu, beberapa kakitangan bank baru tiba untuk memulakan tugas.

“Suspek terus menerpa sambil mengacukan pistol ke arah dua pengawal keselamata­n dan mengarahka­n mereka tidak melawan. Bagaimanap­un, pengawal keselamata­n berkenaan menyerbu ke arah suspek sebelum suspek melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadany­a mengenai paha kiri seorang daripada pengawal keselamata­n itu.

“Suspek turut terjatuh ke lantai akibat ditolak dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamata­n terbabit biarpun seorang daripadany­a cedera. Mereka berusaha menahan suspek yang ketika itu bertindak agresif untuk melepaskan diri.

“Pada masa sama, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang tiba di bank sebaik menerima maklumat berjaya merampas revolver berisi tiga butir peluru di bawah perut suspek sebelum menahannya,” katanya.

Menurut sumber, pengawal keselamata­n berusia 51 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Halim (HSAH) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sumber berkata, suspek bekerja dengan sebuah syarikat keselamata­n di Pulau Pinang selepas bersara pada 2008 dan bertugas di cawangan Sungai Petani.

“Suspek menunggang Yamaha 125Z yang diparkir di depan kedai menjual peralatan pembinaan sebelum menyerbu bank itu.

“Dia melakukann­ya bersendiri­an dan siasatan juga mendapati suspek yang berasal dari Amanjaya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Sumber berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, anggota MPV berusia 50 tahun berpangkat koperal yang terbabit menahan suspek berkata, sebaik menerima maklumat kejadian, dia dan rakan setugas bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di depan bank, kami dapati dua pengawal keselamata­n sedang bergelut dengan suspek. Kami meluru masuk dan menindih suspek serta berusaha merampas pistol yang dipegang di bawah perutnya.

“Ketika itu, seorang pengawal keselamata­n mengatakan dia tidak dapat bertahan lagi kerana pahanya sakit akibat terkena tembakan. Tidak lama kemudian, saya dengan bantuan seorang lagi pengawal keselamata­n dapat merampas pistol lalu menggari suspek manakala rakan setugas berkawal di pintu bank,” katanya. Sungai Petani: Pengawal keselamata­n berusia 51 tahun yang cedera ditembak di kaki oleh penjenayah yang cuba merompak Bank UOB di Taman Ria Jaya, selamat menjalani pembedahan, jam 5 petang semalam.

Tinjauan Harian Metro di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani mendapati isteri dan anak mangsa turut ada di situ, namun enggan ditemu bual.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa pernah berkhidmat di Kor Armor Port Dickson, Negeri Sembilan dan bersara pada 2008.

“Saya difahamkan, penjenayah yang menembakny­a itu mengenali mangsa kerana sama-sama pernah berkhidmat sebagai anggota tentera.

“Mungkin penjenayah tidak tahu bahawa mangsa bertugas di bank berkenaan, penjenayah cuba merampas ‘pump gun’ mangsa sebelum berlaku pergelutan,” katanya.

 ?? Sumber ?? SUSPEK
Suspek turut terjatuh ke lantai akibat ditolak dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamata­n terbabit biarpun seorang daripadany­a cedera. Mereka berusaha menahan suspek yang ketika itu bertindak agresif untuk melepaskan diri.”
Sumber SUSPEK Suspek turut terjatuh ke lantai akibat ditolak dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamata­n terbabit biarpun seorang daripadany­a cedera. Mereka berusaha menahan suspek yang ketika itu bertindak agresif untuk melepaskan diri.”
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA forensik PDRM memeriksa motosikal milik
suspek.
ANGGOTA forensik PDRM memeriksa motosikal milik suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia