Harian Metro

Tiga yatim anak angkat Nasmir

-

Bukit Mertajam: Tiada apa mampu diucapkan selain rasa syukur tidak terhingga apabila pelbagai pihak menghulurk­an sumbangan selepas mereka tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa meninggal dunia akibat demam denggi pada 16 dan 17 Januari lalu.

Terbaru, Pengarah Urusan Nasmir Holdings Sdn Bhd Datuk Kadhar Shah Abdul Razak dan isteri menziarah tiga beradik berkenaan serta menyatakan hasrat menjadikan Nor Hidayah Azlan, 23, Mohd Ridzuan Izham, 18, dan Mohd Firdaus, 14, sebagai anak angkat.

Nor Hidayah berkata, dia lega dan bersyukur apatah lagi Mohd Firdaus masih bersekolah di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah.

“Yang penting, masa depan kami terutama adik bongsu terbela.

“Saya dan adik berterima kasih kepada Datuk Kadhar sekeluarga atas bantuan dan menjadikan kami anak angkat mereka,” katanya di rumahnya di Juru, di sini, semalam.

Sementara itu, Kadhar Shah berkata, selain anak angkat, pihaknya menawarkan pekerjaan di Nasmir Holding kepada dua daripada tiga beradik berkenaan jika mereka berminat selepas tamat pengajian.

“Hidayah akan tamat pengajian peringkat diploma di Kolej Poly Tech MARA, Ipoh, Perak pada Jun depan manakala Ridzuan boleh bekerja sambilan sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sementara mereka masih belajar, kami beri bantuan bulanan RM200 setiap seorang bagi keperluan pendidikan mereka,” katanya yang turut menyerahka­n bantuan wang tunai dan hamper.

Selain itu, Kadhar Shah berkata, pihaknya turut menyampaik­an kad VIP kepada tiga beradik berkenaan yang boleh digunakan di semua 13 cawangan restoran Nasmir di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

“Kad VIP ini kali pertama diperkenal­kan dan mereka boleh makan serta minum di semua cawangan restoran Nasmir tanpa bayaran.

“Selain itu, kami akan menyediaka­n kad insurans kesihatan kepada mereka supaya nasib mereka lebih terbela,” katanya.

 ??  ?? KADHAR Shah menyampaik­an sumbangan kepada Nor Hidayah dan dua adiknya.
KADHAR Shah menyampaik­an sumbangan kepada Nor Hidayah dan dua adiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia