Harian Metro

Impak Titik Sentuhan

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ NCIA beri pulangan ekonomi tinggi kepada penduduk setempat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, amat teruja dengan kejayaan pelaksanaa­n Program Titik Sentuhan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA), yang mampu membantu penduduk setempat meningkatk­an pendapatan bulanan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Redza Rafiq berkata, program berkenaan adalah satu daripada tiga elemen dalam NCIA yang perlu dilaksanak­an selain projek berimpak tinggi setempat dan projek merentasi sempadan.

Menurutnya, antara yang dilaksanak­an melalui program itu adalah pembanguna­n projek pemasangan panel solar, SuriaKu; Model Pengurusan Estet (EMM) dalam penanaman padi, Pusat Inovasi Komuniti (CIC), Program Pembanguna­n Usahawan Mikro Bumiputera (MCash), Program Latihan Pertanian Moden menggunaka­n fertigasi; Program NCIA-Nestle PPK Kerpan, dan sistem pengangkut­an awam bersepadu, Rapid Kamunting.

“Perdana Menteri amat gembira ketika mendengar cerita kejayaan peserta yang terbabit dalam program berkenaan, terutama program SuriaKU, yang bakal diperluask­an ke seluruh negara dengan nama MySuria seperti diumumkan beliau dalam Bajet 2017.

“Hasilnya, pendapatan rakyat di kawasan berkenaan meningkat dengan ketara. Jika dilihat kepada perangkaan daripada Jabatan Stastistik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruha­n di kawasan utara meningkat kepada 5.8 peratus dalam tempoh 2010 hingga 2014,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat NCIA ke-17 di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Mesyuarat dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar

Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man; Ketua Menteri Pulau Pinang,

Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Selepas mesyuarat berkenaan Perdana Menteri turut mendengar perkongsia­n cerita, pengalaman dan kejayaan lima daripada 21 penerima manfaat dari Wilayah Koridor Ekonomi Utara (NCER) dalam sesi Program NCIA Bersama Komuniti Koridor Utara.

Redza berkata, ia satu pertumbuha­n yang sangat baik dan lebih tinggi berbanding KDNK Malaysia yang berada pada kadar 4.5 peratus.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, Pelan Tindakan Sosioekono­mi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2.0 akan dilaksanak­an tahun ini dengan tumpuan utama terhadap program yang mempunyai impak tinggi kepada rakyat setempat.

“Pelan ini akan dilaksanak­an sehingga 2025 membabitka­n 80 inisiatif membabitka­n tujuh nod pertumbuha­n baru; 28 projek merentasi sempadan, 45 projek berimpak tinggi setempat dan beberapa lagi projek berteraska­n rakyat.

“Semakan terhadap pelan induk ini dibuat selama enam bulan membabitka­n 409 pihak berkepenti­ngan daripada kerajaan, swasta dan universiti,” katanya.

Menurutnya, menerusi pelan ini, NCIA menjangkak­an pelaburan akan dapat dijana dari Nod Pertumbuha­n Baharu seperti Lembah Chuping, Kedah Rubber City, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Greater Kamunting.

 ?? Najib Razak ?? NAJIB bersama Ahmad Shaupi (dua dari kanan) sejurus menghadiri mesyuarat NCIA di Putrajaya, semalam. Hasilnya, pendapatan rakyat di kawasan berkenaan meningkat dengan ketara”
Najib Razak NAJIB bersama Ahmad Shaupi (dua dari kanan) sejurus menghadiri mesyuarat NCIA di Putrajaya, semalam. Hasilnya, pendapatan rakyat di kawasan berkenaan meningkat dengan ketara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia