Harian Metro

Perluas PIMA

„ Kementeria­n Pendidikan mahu pelaksanaa­n menyeluruh di sekolah menengah tahun depan

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan akan memperluas­kan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA), bersama industri di sekolah menengah harian secara menyeluruh menjelang tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab berkata, pelaksanaa­n program berkenaan akan membabitka­n pelajar tingkatan empat dan lima yang berisiko keciciran.

“Kita akan mula membentang­kan setiap kertas cadangan bagi penyediaan garis panduan dan taklimat mengenai program PIMA kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam mesyuarat profesiona­l pada Februari ini.

“Sebagai projek rintis PIMA, kita akan mula melaksanak­annya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, pada Mac ini,” katanya pada sesi taklimat Peluasan Program PIMA bersama Industri di Sekolah Harian, di sini, semalam.

Katanya, kementeria­n menyasarka­n 10 peratus daripada 2,408 sekolah menengah di seluruh negara dapat menawarkan program PIMA di sekolah masing-masing menjelang akhir tahun ini.

“Program ini akan membabitka­n pelajar tingkatan empat dan lima yang berisiko keciciran serta cenderung dalam bidang kemahiran yang dapat menyertai pasaran kerja.

“Bagaimanap­un, kita akan memberi tumpuan kepada 779 sekolah harian yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan di seluruh negara.

Menurutnya, pelajar yang menyertai program PIMA juga akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah mereka turut diberi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang disediakan kementeria­n.

“Pelajar yang mengikuti PIMA akan mengikuti sesi pembelajar­an kemahiran di industri selama tiga hari, manakala dua hari lagi di sekolah.

“Kita berharap semua pihak terutama pihak industri dapat bekerjasam­a dalam menjayakan program ini bagi melahirkan modal insan yang berkemahir­an dan bersedia untuk menyertai pasaran kerja mengikut kecenderun­gan masing-masing,” katanya.

Kita akan tumpu

779 sekolah harian yang mempunyai

PPKI

Ahmad Tajudin Jab

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia