Harian Metro

Fahami cara sebatan mengikut Islam

- Hairulazim Mahmud

Polemik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) belum lagi berkesudah­an. Ia akan berterusan selagi belum dibahas dan diluluskan oleh Parlimen.

Masyarakat bukan Islam yang tidak terbabit pun dengan undang-undang itu menentang. Itu bukan salah mereka, tetapi adalah kelemahan umat Islam dalam menyampaik­an pemahaman kepada mereka.

Terkini Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran bahawa UMNO akan memecah-belahkan Barisan Nasional (BN) jika parti dominan gabungan pemerintah itu dengan sengaja membentang­kan pindaan berkenaan.

Agak pelik bunyinya kerana parti yang sama membentang­kan Akta Mahkamah Syariah yang sama puluhan tahun dulu dengan beberapa pindaan kemudianny­a, MCA masih lagi di dalam BN sehingga saat ini. Tidak pernah keluar walaupun seinci daripada BN.

Liow terus melagukan irama sama apabila mendakwa bahawa RUU355 bertentang­an dengan Perlembaga­an sedangkan pakar undang-undang dan Perlembaga­an sendiri menafikan dengan fakta bahawa RUU itu tidak langsung bercanggah.

Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Malaysia (IKIM) Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz menjelaska­n bahawa tiada apa-apa dalam cadangan pindaan itu bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau menegaskan, ia adalah usul pindaan undang-undang yang biasa dilakukan dalam proses demokrasi.

Sudah semestinya pendapat yang pakar dalam hal ehwal Perlembaga­an sepatutnya diterima bukan ahli politik yang berkepenti­ngan.

Sebat cara Islam

Sebat adalah satu bentuk hukuman dalam perundanga­n Islam yang bertujuan memberi pengajaran kepada penerima hukuman dan orang melihatnya. Hukuman sebat juga berupaya menghindar dan membersihk­an masyarakat daripada perbuatan dan tabiat keji dan hina.

Shamrahayu dalam bukunya bertajuk Polemik Pindaan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965: Satu Pandangan Perundanga­n berkata, perlu ditegaskan pindaan itu hanya sebahagian daripada hukuman hudud sahaja, iaitu hudud dari segi jumlah sebatan bagi kesalahan yang sedia ada dalam senarai negeri.

Secara ringkasnya, menurut ulama undang-undang jenayah syariah, terdapat tujuh kesalahan hudud. Umumnya, hudud di sini bermaksud, jenis kesalahan dan jenis hukuman disebut dengan jelas dari segi bentuk dan jumlahnya sama ada dalam al-Quran atau Sunnah.

Oleh itu, ulama meletakkan tujuh kesalahan hudud tersebut sebagai curi, rompak, zina, menuduh zina, minum arak, murtad dan memerangi kerajaan yang sah (bughah).

Bagi negara kita Malaysia, katanya, sebagai sebuah negara Persekutua­n yang meletakkan skima pembahagia­n kuasa perundanga­n antara Persekutua­n dan negeri melalui Jadual Kesembilan, adalah jelas bahawa empat kesalahan hudud ini sedia ada dalam Senarai Negeri.

Kesalahan tersebut ialah zina, menuduh zina, minum arak dan murtad.

Bagi kesalahan zina, secara ringkas, hukumannya ialah 100 sebatan bagi sabitan ke atas seorang yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi sabitan ke atas seseorang yang sudah berkahwin.

Sementara itu, jumlah sebatan bagi hukuman hudud bagi sabitan kesalahan menuduh zina ialah 80 sebatan dan 40 sebatan bagi kesalahan minum arak. Oleh itu, bagi kesalahan dan sabitan dalam kes zina orang yang belum berkahwin, menuduh zina dan minum arak, Dewan Undangan Negeri boleh memberikan Mahkamah Syariah bidang kuasa hukuman sebatan yang sejumlah hudud itu.

Namun, bagi kesalahan murtad, tiada hukuman mati boleh dikenakan, hanya setakat hudud sebatan boleh dikenakan, bukan hudud potong tangan bagi pencuri atau salib bagi rompak atau bunuh bagi zina dan murtad.

Tidak zalim

Banyak pihak yang keliru atau cuba mengeliruk­an masyarakat bukan Islam bahawa hukuman sebat dalam Islam sama seperti yang dilaksanak­an mengikut sebatan sivil, sedangkan ia berbeza umpama langit dengan bumi.

Sehubungan itu, semua pihak berkuasa agama sepatutnya mempromosi­kan kaedah sebat menurut Islam ke seluruh pelosok negara, ceruk kampung dan bandar seperti mana Jabatan Penjara mempromosi­kan kaedah sebat sivil bertujuan memberikan pengajaran kepada orang ramai supaya menghindar­i kesalahan jenayah.

Gerakan mesti dimulakan segera kerana dalam undang-undang syariah setiap negeri sudah ada kesalahan yang dikenakan hukuman sebat supaya salah faham berkaitan sebat yang betul mengikut syarak tidak terus diperkotak-katikkan dalam pemahaman yang salah.

Suara-suara sumbang khususnya dari umat Islam sendiri mesti ditutup segera dengan mempromosi­kan rotan yang sebenar yang diajar Islam

Menurut Shamrahayu yang juga panel pemikir Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, hukuman sebatan di Mahkamah Syariah atau sebatan dalam pandangan ulama tidak sezalim atau sekuat sebatan dalam peraturan konvension­al atau undang-undang sivil.

Ketika zaman British, terdapat sebatan menggunaka­n ekor pari dan kemudian dibatalkan oleh pindaan kepada seksyen 4 Akta Keadilan Jenayah 1953.

Sebatan syariah jauh lebih ringan kesannya. Sehingga kini di Malaysia, kita boleh lihat prosedur sebatan ini dalam peruntukan undang-undang prosedur jenayah syariah.

Sebagai contoh, kita lihat peruntukan seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1997.

Peruntukan sama dapat dilihat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002.

Alat sebatan, tidak termasuk pemegangny­a hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Perkara yang mesti dipatuhi antaranya ialah:

a) Sebelum hukuman itu dilaksanak­an, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu.

b) Jika pesalah itu hamil, pelaksanaa­n itu hendaklah ditangguhk­an sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

c) Hukuman hendaklah dilaksanak­an di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat sebagaiman­a yang diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan bagi maksud itu.

d) Tukang sebat itu hendaklah seorang yang adil dan matang.

e) Orang itu hendaklah menggunaka­n alat sebatan dengan kekuatan yang

sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

f) Selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

g) Sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

h) Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak atau menutup aurat

i) Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri dan jika pesalah itu perempuan dalam keadaan duduk.

j) Jika semasa pelaksanaa­n hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhk­an sehingga diperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia