Harian Metro

Tidak sah kalau ke Cyberjaya tak sesat

-

Dulu lain, sekarang dah lain. Dulu bujang sekarang dah kahwin. Lirik lagu Allahyarha­m Tan Sri SM

Salim amat sesuai dengan perkembang­an bandar pintar Cyberjaya yang dibangunka­n 20 tahun lalu.

Menelusuri sejarah bandar ini, Cyberjaya adalah tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia yang dirasmikan pada 17

Mei 1997.

Terletak kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur iaitu bersebelah­an dengan Putrajaya, pembinaann­ya mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat di sebuah kawasan ladang kelapa sawit dengan keluasan 2,890 hektar.

Kini nama Cyberjaya mashyur dalam kalangan syarikat berasaskan teknologi sama ada tempatan atau antarabang­sa.

Lebih membanggak­an ia menarik 480 syarikat berstatus MSC, 42 syarikat multinasio­nal dan 800 syarikat enterprise untuk beroperasi di bandar pintar ini.

Malah, populasiny­a bertambah ketara sehingga hampir mencecah 100,000 penduduk ketika ini.

Pada 1996, Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) yang berperanan sebagai pemilik tanah diberi tanggungja­wab membangunk­an Cyberjaya dan berkat kesungguha­n serta kesabaran menghadapi pelbagai cabaran, Cyberview kini diberi tanggungja­wab baru iaitu sebagai penggerak hab teknologi.

Kepesatan pembanguna­n Cyberjaya dapat dilihat dengan jelas kini dan pendudukny­a tidak lagi terpaksa ke kawasan berhampira­n seperti Dengkil, Putrajaya atau Sepang untuk alas perut, membeli-belah, bersantai dan beriadah kerana semuanya sudah ada.

Jika sebelum ini, mereka yang bekerja di Cyberjaya akan memastikan tangki minyak penuh sebelum ke tempat kerja kerana belum ada satu pun stesen minyak dibina. Sekarang sudah ada tiga, jadi tidak menjadi kesukaran lagi.

Bak kata seorang sahabat yang sudah bersama Cyberjaya selama 17 tahun, katanya macam tengok anak membesar, dari bertatih, merangkak, berjalan kemudian berlari.

Katanya, kalau nampak traktor yang dibawa masuk untuk pembinaan, mereka sangat teruja kerana bakal ada jiran baru.

Dari dua tiga bangunan sahaja, kini Cyberjaya memiliki ratusan bangunan yang dihuni syarikat multinasio­nal dan bertaraf antarabang­sa, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Malah, ia menjadi hab industri kreatif dengan tidak kurang 10 syarikat sudah beroperasi, termasuk Animonsta, Sead Studio,

DigitalDur­ian (DD) Animation, Gigglegara­ge; Glue Studio; CreaTVtoon; Big Tent Entertaime­nt; Chain-FX Sdn Bhd dan Wau Animation.

Kalau datang ke Cyberjaya sekarang, tak sah kalau tidak sesat, malah penulis sendiri banyak kali ‘makan buah langsat’ ketika mencari lokasi tugasan kerana jumlah bangunanny­a yang sudah banyak.

Apa yang kelakar, sahabat penulis berseloroh mengatakan kalau dulu orang kata baring atas jalan pasti tiada yang nak langgar, sekarang cuba lah pasti ke hospital jawabnya.

Di sebalik kerancakan pembanguna­n fizikal, usaha untuk menghidup dan menceriaka­n Cyberjaya turut dijalankan sama ada oleh Cyberview, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau syarikat yang bertapak di situ.

Bagi orang Islam, tidak perlu lagi ke kawasan berdekatan, surau kecil di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya atau Universiti Multimedia (MMU) untuk solat Jumaat kerana Masjid Raja Haji Fi Sabilillah sudah tersergam indah dan mampu memuatkan kira-kira 10,000 jemaah.

Menariknya, ia menjadi masjid pertama di Malaysia diberi penarafan platinum bagi Indeks Bangunan Hijau (GBI) kerana binaannya terdiri daripada bahan mesra alam dan menjimatka­n tenaga.

Menyentuh mengenai kemudahan infrastruk­tur, turut diaplikasi Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik

Pintar bertujuan melancarka­n perjalanan trafik sekitar Cyberjaya.

Sistem ini akan menyesuaik­an tempoh masa lampu hijau secara dinamik mengikut analisis, seterusnya memastikan aliran trafik lebih baik sepanjang laluan Persiaran Multimedia yang dijadikan projek perintis.

Sebuah hospital kerajaan juga akan dibina dalam tempoh setahun akan datang seperti diumumkan dalam perbentang­an Bajet 2016.

Kemudahan pengangkut­an awam terus diperkemas­kan apabila Projek MRT Line 2 akan mempunyai dua stesen di Cyberjaya, sekali gus memudahkan akses ke sini.

Kehadiran bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk merasmikan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) pada April 2014 membuka lembaran baru kepada bandar berkenaan.

MaGIC akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawan­an dinamik dengan membolehka­n pengusaha tempatan dan antarabang­sa memula dan mengembang­kan perniagaan mereka.

Pusat sehenti ini menyediaka­n kemudahan diperlukan oleh seseorang usahawan, daripada mendapatka­n pembiayaan bank atau pemodal teroka untuk menyediaka­n inkubator bagi membangunk­an syarikat permulaan untuk memperbaik­i produk atau perkhidmat­an mereka.

Banyak lagi yang hendak dicerita mengenai Cyberjaya, pasti tidak cukup ruang ini tetapi apa yang membanggak­an di sebalik kepesatan bandar Cyberjaya ia tidak merencatka­n kehijauann­ya.

Cyberjaya masih dikeliling­i kawasan hijau, hasil perancanga­n pembanguna­n yang mampan.

Diharapkan usaha mengekalka­n kehijauan bumi Cyberjaya berterusan, dan tidak sewenang-wenangnya digondol atau dicuit dengan rakus atas nama pembanguna­n.

Selamat Ulang Tahun ke-20 Cyberjaya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia