Harian Metro

Hak penjagaan anak

- Penulis ialah peguam syarie

„ Ibu berhak asuh zuriat sebelum ia mencapai usia mumaiyiz

Saya sudah bercerai selama tiga tahun. Saya ada seorang anak perempuan dan kini dalam proses mendirikan rumah tangga untuk kali kedua. Bekas suami mahu mengambil anak daripada jagaan saya dengan alasan saya akan berkahwin lagi.

Untuk pengetahua­n puan, bekas suami hanya menyediaka­n nafkah untuk anak RM150 sebulan. Untuk belanja sekolah dan harian anak, saya perlu cari sendiri kerana baginya hak penjagaan atas nama saya. Adakah dia akan mendapat hak penjagaan anak selepas saya berkahwin lain?

Ibu Tunggal Selangor

Islam mewajibkan pemelihara­an ke atas kanak-kanak sehingga dia mampu berdikari. Oleh itu, mengasuh kanak-kanak yang masih kecil adalah wajib kerana pengabaian terhadapny­a bererti mendedahka­nnya kepada bahaya. Ada banyak dalil yang menunjukka­n kewajipan mengasuh anak ini sama ada daripada al-Quran, sunah mahupun sirah sahabat.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233 bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurn­akan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

“Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuann­ya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan

(jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan berkenaan (jika si bapa tiada).

“Kemudian, jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentik­an penyusuan itu dengan persetujua­n (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukann­ya).

“Dan jika kamu hendak memberi anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwala­h kamu kepada Allah serta ketahuilah, sesungguhn­ya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”

Aturan dalam penjagaan anak ini bagi konteks kita di Malaysia diperkemas­kan sebagaiman­a yang terdapat dalam peruntukan undangunda­ng keluarga Islam.

Bagi pasangan suami isteri yang sudah bercerai dalam keadaan anak mereka sama ada lelaki atau perempuan masih kecil dan belum mencapai usia mumaiyiz, maka dalam keadaan seperti ini ibu adalah lebih berhak menjaganya.

Alasan munasabah berkenaan kenyataan ini ialah:

Seorang ibu mempunyai tahap kasih sayang serta kesabaran lebih tinggi berbanding orang lain walaupun si ibu terpaksa menanggung beban untuk menjaga dan mendidik anak itu.

Belaian seorang ibu lebih lembut ketika menjaga dan mendidik anaknya. Ibu juga mampu untuk memberi kasih sayang yang lebih seperti diperlukan bayi itu.

Merujuk kepada persoalan minggu ini, puan dinasihatk­an untuk melihat usia anak itu sama ada belum atau sudah mumaiyiz. Kedua-dua keadaan ini memberi kesan berbeza kepada anak itu dan penjaganya iaitu si ibu.

Hadanah atau penjagaan berakhir apabila kanak-kanak itu tidak lagi memerlukan pengasuhan perempuan, sudah mencapai usia mumaiyiz dan mampu berdikari iaitu mampu menguruska­n sendiri keperluan asasnya seperti makan dan mandi sendiri.

Sekiranya tamat tempoh penjagaan, seorang ibu yang ingin menjaga anak perempuann­ya hendaklah memastikan dirinya tidak hilang kelayakan sebagai penjaga. Kita rujuk kepada peruntukan (Seksyen 83) bagaimana seorang ibu itu hilang hak penjagaan:

Jika perempuan berkenaan berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang terbabit dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaska­n kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwina­n berkenaan dibubarkan.

Jika perempuan itu berkelakua­n buruk secara keterlalua­n dan terbuka.

Jika perempuan berkenaan menukar pemastauti­nannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalanka­n pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, melainkan bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.

Jika perempuan itu murtad.

Justeru, bagi menjawab persoalan ini, ibu boleh hilang kelayakann­ya sebagai penjaga anak perempuann­ya. Turutan penjagaan akan berpindah kepada nenek sebelah ibu kepada anak dan begitulah seterusnya sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Seksyen 82 (2).

Sebarang kemusykila­n sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my

 ??  ??
 ?? Kemusykila­n
Syariah
Bersama Suriany Awaludin ??
Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia