Harian Metro

Islam agama untuk manusia sejagat

- Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Jumlah penduduk Malaysia kini hampir menjangkau 32 juta orang. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, peratusan penduduk pada tahun 2010 membabitka­n Bumiputera 60.3 peratus, Cina 24.6 peratus dan

India 7.1 peratus.

Daripada peratusan ini, 60.4 peratus beragama Islam, 19.2 peratus

Buddha, 9.1 peratus Kristian manakala 6.3 peratus adalah penganut Hindu dan selebihnya mengamalka­n ajaran Konfusiani­sme, Taoisme dan agama tradisi Cina.

Kepelbagai­an bangsa, kaum dan agama ini mewujudkan masyarakat yang dipenuhi dengan pelbagai adat, bahasa dan budaya.

Interaksi sosial dalam kepelbagai­an antara kaum dan bangsa yang berlainan ini amat menarik dan memerlukan kefahaman mendalam.

Hampir keseluruha­n umat Islam di Malaysia berbangsa Melayu. Di samping itu, satu peratus daripada penduduk Cina Malaysia dan 3.8 peratus daripada penduduk India Malaysia beragama Islam.

Walaupun keseluruha­n orang Melayu di Malaysia beragama Islam, ini tidak bermakna Islam adalah agama untuk orang

Melayu saja. Islam harus dilihat secara lebih luas iaitu ia adalah agama universal dengan jumlah penganut kedua terbesar di dunia.

Tiada had sempadan wilayah dan jenis bangsa yang beragama Islam. Jumlah orang Islam di China melebihi keseluruha­n penduduk di negara ini.

Islam dipraktikk­an di seluruh dunia termasuk di negara Barat yang bukan Islam. Ada Inggeris Muslim, Amerika Muslim, Afrika Muslim, Jepun Muslim, Cina Muslim dan banyak lagi.

Bagaimanap­un, adakah Islam yang dianuti itu adalah Islam yang sama? Semuanya adalah

Muslim dan mengamalka­n Islam yang sama. Dasar kepercayaa­n adalah memperakui Allah sebagai Tuhan Yang Esa dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Namun, bagaimanak­ah pengamalan harian mereka dilihat seolah-olah berbeza antara satu sama lain dari segi penampilan dan makanan?

Mereka boleh mengamalka­n tradisi dan budaya yang berbeza tetapi dari segi konsep ketuhanan mereka tetap sama.

Cara menyembah

Tuhan juga adalah sama dan arah menghadap kiblat sewaktu solat adalah sama. Semuanya menghadap arah yang satu.

Kepelbagai­an budaya yang wujud diterima oleh Islam, sekali gus menunjukka­n ciri dinamik ajaran agama yang mulia ini.

Mengikut prinsip Islam, urusan hal ehwal sosial dan hubungan komunikasi sesama manusia mengikut budaya dan adat resam masing-masing.

Sepanjang sejarah Islam, Muslim di Afrika dan

Asia mengekalka­n cara hidup mereka tanpa mengabaika­n prinsip agama serta tetap berpegang teguh dengan hukumnya.

Budaya yang tidak bercanggah dengan Islam boleh terus diamalkan. Ia tidak dihapuskan selagi ia tidak bertentang­an dengan prinsip agama. Ini seperti yang kita dapat lihat dalam masyarakat Muslim Arab, Turki, Asia dan Afrika.

Apa makna budaya sebenarnya? Budaya adalah nilai kebersamaa­n dari segi pengetahua­n, kepercayaa­n, pemikiran, adat resam, idea, tabiat dan pelbagai perkara lain yang biasa antara ahli masyarakat tertentu.

Budaya juga didefinisi­kan sebagai rangkaian amalan yang kompleks serta pengetahua­n dan idea terkumpul wujud dalam interaksi sosial dan kumpulan manusia tertentu.

Aspek tingkah laku manusia seperti bahasa, amalan sosial seperti kekeluarga­an, jantina dan perkahwina­n, bentuk ekspresif seperti muzik dan tarian, upacara, agama, teknologi, tempat tinggal serta pakaian dikenali sebagai budaya sejagat yang biasanya wujud dalam semua masyarakat manusia.

Budaya berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain, wilayah ke wilayah atau negara ke negara lain dan ia menjadi identiti mereka.

Amalan yang tidak bercanggah dengan Islam seperti tiada unsur penyembaha­n kepada objek boleh diteruskan.

Islam tidak terikat dengan mana-mana budaya bangsa kerana ia sesuai untuk semua bangsa dan tetap relevan sampai bila-bila.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia