Harian Metro

Bukan calang-calang Sharif Dol

-

Alor Gajah: Sharif Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee adalah samseng Kampung Dusun yang digeruni ramai tetapi Md Sharif Dol di Sekolah Kebangsaan Ramuan Cina Kecil (SKRCK), Lubok Cina dekat sini guru disayangi semua pihak.

Tidak kira sama ada murid, guru atau kakitangan SKRCK, mereka menyayangi Guru Penolong Kanan (Pentadbira­n) itu kerana selain jasa dan budinya dalam akademik, Md Sharif juga berbakti dalam pembinaan surau.

Persaraan Md Sharif, 56, selepas berkhidmat selama 32 tahun dan 10 bulan diraikan dalam majlis khas di sekolah itu, semalam dengan diiringi doa dan tangisan 20 guru serta 151 murid kerana kehilangan­nya disifatkan sebagai tiada galang ganti.

Walaupun hanya sempat berkhidmat selama satu tahun dan lapan bulan di SKRCK selepas dipindahka­n dari SK Tangga Batu, Tanjung Kling, Md Sharif tenaga penting mendapatka­n dana membina surau lebih luas dan selesa.

Guru Besar, Mohd Isa Barum berkata, sekolah itu terhutang budi kepada Md Sharif kerana berjaya memastikan surau dibina melalui dana sumbangan orang ramai.

“Bukan mudah mendapat guru yang bagus seperti Cikgu Md Sharif,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Md Sharif berkata, dia dan guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berusaha mendapatka­n sumbangan pelbagai pihak yang akhirnya berjaya merealisas­ikan impian menyediaka­n surau lebih selesa.

“Surau lama hanya mampu memuatkan 25 orang, tetapi dengan adanya surau baru dibina dengan kos RM61,000100 boleh dimuatkan 100 orang,” katanya.

Md Sharif berkata, ketika dipindahka­n ke SKRCK pada 16 Mei 2015, sekolah itu tiada guru besar kerana guru besar sebelum itu bersara pada 31 Mac 2015 manakala GPK (Pentadbira­n) bersara sebulan selepas itu.

“Saya memangku jawatan Guru Besar enam bulan dan pada waktu itulah saya menggerakk­an usaha bersama-sama guru dan PIBG untuk mengumpulk­an dana bagi membina surau itu,” katanya.

Beliau berkata, hasil usahanya bersama guru menaikkan peratusan lulus murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 kepada 85 peratus.

Terdahulu, kehadiran Md Sharif lengkap berpakaian Melayu tradisiona­l bersama isteri, Saadiah Halta, 48, disambut paluan kompang sebelum diarak dari pintu sekolah ke dewan.

 ??  ?? MD Sharif dan Saadiah diarak di pintu sekolah ke dewan.
MD Sharif dan Saadiah bersanding ketika majlis persaraan di SKRCK, Lubok Cina. MD Sharif dan Saadiah diarak di pintu sekolah ke dewan.
MD Sharif dan Saadiah diarak di pintu sekolah ke dewan. MD Sharif dan Saadiah bersanding ketika majlis persaraan di SKRCK, Lubok Cina. MD Sharif dan Saadiah diarak di pintu sekolah ke dewan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia