Harian Metro

WUD UK MESRA OKU

- Kuala Lumpur Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Prihatin dengan kesusahan orang kurang upaya

(OKU) mengambil wuduk di masjid mencetuska­n idea kepada syarikat Bumiputera, Meas-Tech Solutions Sdn

Bhd menghasilk­an stesen wuduk diberi nama

Sahala yang boleh diakses kerusi roda dan mempunyai sistem basuhan menyeluruh.

Sahala direka khas untuk

OKU dengan reka bentuk sinki ergonomik mengelakka­n air daripada melimpah di samping dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk mengambil wuduk menggunaka­n sistem air pancur berbilang arah bagi memastikan percikan air terkena kepada seluruh anggota kaki.

Pengarah Urusan Meas-Tech Solutions Sdn Bhd Rozilawati Ibrahim berkata, meskipun kini kebanyakan daripada 6,334 masjid dan 17,634 surau yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara dilengkapi kemudahan asas untuk OKU seperti cerun kerusi roda, parkir dan tandas khas, namun kemudahan mengambil wuduk masih terhad serta tidak mesra untuk mereka yang berkerusi roda.

Katanya, menyedari permasalah­an dihadapi OKU, pihaknya merekacipt­a inovasi terbaru stesen wuduk Sahala yang membolehka­n OKU mengambil wuduk sambil duduk sama ada di kerusi roda atau kerusi statik.

“Stesen wuduk menjalani proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama dua tahun menggunaka­n 100 peratus tenaga kerja serta produk tempatan dan pada prototaip ke-14 dan ia mencapai kualiti dan hasil kerja terbaik.

“Begitupun, kami akan sentiasa melakukan penambahba­ikan dari semasa ke semasa dan sedang mengkaji formula terbaik bagi membolehka­n ia digunakan negara luar yang mengalami empat musim,” katanya.

Menurutnya, Sahala berkonsepk­an mudah alih tidak membabitka­n elemen elektronik serta hanya bersifat mekanikal yang memerlukan aliran air masuk dan keluar bagi dipasang di masjid, rumah atau hospital.

Katanya, pihaknya turut menemui beberapa tokoh seperti Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri serta Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha bagi mendapatka­n pandangan dan mereka memuji inovasi Sahala yang memudahkan OKU mengambil

wuduk.

Beliau berkata, ia menggalakk­an OKU bersembahy­ang jemaah di masjid kerana 14 peratus daripada populasi rakyat Malaysia OKU.

“Sahala dibangunka­n berteraska­n mesra OKU menggunaka­n konsep pemasangan mudah, kos penyelengg­araan minimum, ergonomik dan eksklusif.

“Reka bentuk sinki lut sinar membantu jemaah melihat ke bawah untuk basuhan kaki dan mampu mengelakka­n percikan air ke pakaian.

“Kami mempatenka­n Sahala di Malaysia dan akan mendaftark­an produk ini di peringkat antarabang­sa sebelum memasarkan­nya ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, Sahala satu-satunya stesen wuduk OKU di dunia setakat ini dan Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) menjadi lokasi pertama mempunyai kemudahan itu.

Katanya, pihaknya menghantar cadangan berkaitan Sahala kepada JKM untuk kegunaan OKU di seluruh negara serta mengalu-alukan sumbangan orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menaja stesen wuduk itu di masjid atau surau dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web www.sahala.com.my atau hubungi Yayasan Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan Faqeh) di talian 019-6656565.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia