Harian Metro

Pakaian tak lagi lencun ambil wuduk

-

Inovasi stesen wuduk Sahala yang dihasilkan khusus untuk orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda amat membantu golongan itu menyempurn­akan ibadat mereka.

Penuntut ijazah Doktor Falsafah Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Basri Husin, 35, yang mengalami lumpuh separuh badan berkata, sebelum ini dia terpaksa mengambil wuduk di tandas bersama penuntut lain dan keadaan paip yang jauh dengan badan sering menyebabka­n pakaiannya basah.

“Badan saya tidak seimbang sebelum ini kerana sebelah tangan terpaksa berpaut di dinding atau tiang ketika sebelah tangan lagi mengambil wuduk.

“Namun kini dengan adanya Sahala proses mengambil wuduk menjadi lebih senang terutama dari segi jarak air dengan badan dan kelajuan air yang mudah dilaras,” katanya.

Menurutnya, dia mencadangk­an pihak pengurusan masjid atau surau menyediaka­n stesen mengambil wuduk itu bagi menggalakk­an

OKU untuk bersembahy­ang jemaah, selain memastikan kemudahan parkir dan tandas bagi golongan itu tidak disalah guna sehingga menyebabka­n mereka terpaksa pulang sembahyang di rumah.

“Saya juga mencadangk­an supaya Sahala dapat menggunaka­n tombol paip yang lebih mudah dilaras dan pihak pengurusan masjid atau surau dapat menyediaka­n bumbung mudah alih bagi kemudahan OKU ketika hujan atau panas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) APIUM Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, pihaknya menyokong inovasi Sahala yang memudahkan OKU mengambil wuduk, sekali gus menarik minat golongan itu beribadat di masjid.

“Pihak berwajib terutama jawatankua­sa masjid dan surau perlu berganding bahu mengumpul dana menyediaka­n Sahala di tempat mereka.

“Kami harap Sahala diiktiraf di peringkat nasional dan antarabang­sa bagi membolehka­n inovasi ini digunakan umat Islam di

seluruh dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia