Harian Metro

Kejayaan terbesar PDRM

-

Kejayaan menahan 264 anggota militan Daish sejak 2001 dan menggagalk­an cubaan culik oleh militan selatan Filipina, 8 Disember lalu antara kejayaan membanggak­an Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kejayaan dan pengorbana­n PDRM bukan sahaja dihargai masyarakat, malah turut mendapat sanjungan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Perutusan Khas Tahun Baru 2017, baru-baru ini.

“Kejayaan Platun Harimau Batalion 14 PGA Sabah menggagalk­an cubaan penculikan sekumpulan militan dari selatan Filipina dan menembak mati tiga penculik serta menahan dua lagi suspek dalam insiden 8 Disember lalu membuktika­n keperwiraa­n pasukan kita.

“Sejak 2001 hingga

2016, 537 pengikut kumpulan militan berjaya ditahan. Daripada jumlah itu, 264 daripada mereka terpengaru­h dengan anasir Daish,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Peringkat Bukit Aman, di sini, semalam.

Beliau berkata, kejayaan yang ditempa dalam usaha untuk membantera­s aktiviti pengganas membuktika­n kecekapan serta kemampuan polis dalam mengumpul maklumat risikan keselamata­n dengan tepat dan berkesan.

“Terkini, 59 rakyat Malaysia dilaporkan masih lagi berjuang di Syria dan mereka berada dalam pemerhatia­n PDRM,” katanya.

Menurutnya, dalam menangani kegiatan jenayah, polis mencatatka­n penurunan 2.8 peratus jenayah indeks sepanjang 2016 selain jenayah harta benda juga mencatatka­n penurunan 3.9 peratus.

“Dalam usaha membantera­s jenayah kekerasan melalui Op Cantas Khas 2, 3,778 suspek ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk

355 individu dipercayai menyertai kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Kedudukan dan keadaan geografi daerah Tawau, Sabah, menjadi pilihan militan Daish dari negara ini untuk mengatur pergerakan menyusup masuk ke selatan Filipina.

Kedudukan Tawau di segi tiga bersempada­n dengan Kalimantan, Indonesia dan berhampira­n selatan Filipina selain sibuk dengan aktiviti maritim diambil kesempatan oleh militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak bersetuju dakwaan Sabah dijadikan transit kepada anggota militan.

“Kedudukan Tawau di segi tiga antara Malaysia, Indonesia dan selatan Filipina. Jadi mereka menggunaka­n aktiviti ekonomi, aktiviti pergerakan manusia di kawasan itu untuk memudahkan pergerakan mereka dan kami tahu perkara ini.

“Mereka menggunaka­n kawasan antara Pulau Sebatik, Tawau dan selatan Filipina sebagai lokasi laluan untuk masuk ke Selatan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia