Harian Metro

Eksport resipi ekstasi ke seberang

-

Kuala Lumpur: Sindiket dadah tempatan dipercayai cuba memindah kepakaran dan ‘resipi’ menghasil pil ekstasi ke negara jiran Indonesia berdasarka­n risikan dilakukan.

Dadah ekstasi yang menjadi kegilaan ‘kaki kelab malam’ itu diyakini dijual dengan harga lebih mahal mencecah RM70 hingga RM80 sebiji di negara jiran berbanding hanya RM35 sebiji di negara ini.

Sumber berkata, hasil kerjasama polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Polis Republik Indonesia (Polri) berjaya membongkar sindiket memproses dan mengedar dadah pil ekstasi dalam skala besar di Jakarta, Indonesia.

“Difahamkan maklumat diberikan membolehka­n polis membongkar makmal dan kilang memproses pil ekstasi di Cilincing, utara Jakarta, Indonesia.

“Sindiket itu dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah yang ditumpaska­n Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman hasil merampas dadah bernilai RM8.1 juta dalam lima serbuan di Johor pada 6 dan 7 Januari lalu,” katanya.

Menurutnya, seorang ahli sindiket warga Hong Kong turut berjaya ditahan manakala beberapa ahli sindiket itu masih diburu polis.

“Ada kemungkina­n rangkaian sindiket ini membabitka­n beberapa negara lain. Pihak JSJN Bukit Aman masih meneruskan siasatan bagi membongkar saki baki kumpulan penjenayah ini,” katanya.

Menerusi Op Cameo sebelum ini, pihak polis bertindak menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Pelangi, Johor Bahru, yang dijadikan makmal memproses pil ekstasi dan merampas dadah bernilai RM8.1 juta.

Dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun turut ditahan polis selepas didapati memiliki 58 kilogram serbuk disyaki dadah ekstasi, 5,290 bijil pil disyaki ekstasi, sekilogram syabu, dua kilogram serbuk bahan kimia dan sejumlah botol berisi bahan kimia serta peralatan memproses pil ekstasi.

 ??  ?? DADAH yang dirampas dalam
serbuan.
DADAH yang dirampas dalam serbuan.
 ??  ?? MESIN yang digunakan untuk memproses pil
ekstasi.
MESIN yang digunakan untuk memproses pil ekstasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia