Harian Metro

4 pelancong gagal isytihar wang RM467,749.73

-

Sepang: Akibat gagal mengikrar mata wang yang dibawa, pelbagai mata wang berjumlah RM467,749.73 dirampas daripada empat pelancong asing sepanjang bulan ini.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Datuk Hamzah Sundang berkata, rampasan itu termasuk satu kes pindahan wang Ringgit Malaysia secara pos berjumlah RM1,980 pada 11 Januari lalu.

Katanya, wang tunai yang dirampas membabitka­n Dolar Amerika Syarikat (AS$), Riyal dan Ringgit Malaysia (RM) pada 9, 11, 12, 15 dan 23 Januari lalu.

“Kes pertama membabitka­n kegagalan seorang warga asing mengikrar mata wang riyal berjumlah 55,000 atau RM65,039.73, berikutan itu Bahagian Perundanga­n JKDM mengarahka­n individu berkenaan dikompaun.

“Sementara, kes kedua adalah pindahan mata wang ringgit berjumlah RM1,980 melalui pos dan kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

“Pada 12 dan 15 Januari pula, mata wang ringgit masing-masing berjumlah RM120,00 dan RM148,130 turut dirampas, dengan kedua-dua individu berkenaan akan dituduh mengikut akta sama” katanya dalam sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, semalam.

Hamzah berkata, kes kelima pada 23 Januari lalu membabitka­n warga asing yang membawa mata wang ringgit berjumlah RM132,600 dan AS$15,000 yang tidak diikrar, kes masih dalam siasatan mengikut akta sama.

Menurutnya, kesalahan membabitka­n mata wang yang tidak diikrar sama ada dibawa masuk (import) atau keluar (eksport) adalah mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport atau mengekspor­t dari Malaysia barangan berupa Ringgit Malaysia tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).

Arahan itu dikeluarka­n seperti yang dikehendak­i mengikut Notis Mengenai Import dan Eksport Mata Wang, Sekuriti, Sekuriti Islam, Instrumen Kewangan dan Instrumen Kewangan Islam 2013 mengikut Akta Perkhidmat­an Kewangan (FSA) 2013 dan Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam (IFSA) 2013.

Mengikut akta itu, pelancong tidak boleh memiliki wang tunai melebihi AS$10,000 (RM44,385) sama ada diletakkan dalam bagasi atau dipegang dan sebagainya, dan jika ada ia perlu mengikrark­annya kepada JKDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia