Harian Metro

‘Tangguh dulu tutup pejabat Tourism Malaysia’

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS), menuntut kerajaan menangguhk­an sementara penutupan pejabat Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) negeri, demi kebajikan kakitangan­nya.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, penutupan pejabat negeri itu wajar ditangguhk­an kerana ia memberi kesan kepada 232 kakitangan agensi itu termasuk 39 daripadany­a berstatus kontrak.

Katanya, CUEPACS menghantar nota kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 21 Januari lalu selepas mendengar khabar angin penutupan pejabat itu yang disertai dengan kertas edaran tanpa tarikh bertajuk ‘Pemakluman Sumber Manusia - Rasionalis­asi Penutupan Pejabat-Pejabat Tourism Negeri’.

“Pengumuman ini dibuat secara serta-merta tanpa notis dan tiada pemakluman awal kepada pekerja masih berkhidmat.

“Sekarang ini, arahan hanya diketahui menerusi laporan media,” katanya dalam sidang media di pejabat CUEPACS di sini, semalam.

Dalam sidang media di Melaka Isnin lalu, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumka­n semua 14 pejabat Tourism Malaysia negeri ditutup serta-merta kerana dikatakan bertindih dengan agensi pelanconga­n diwujudkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Katanya, penutupan pejabat itu menjimatka­n kos RM6 juta setahun yang boleh diguna sebagai perbelanja­an lain dan tidak membabitka­n pemberhent­ian kakitangan, sebaliknya mereka diserap ke ibu pejabat kementeria­n serta jabatan lain.

Beliau berkata, situasi itu disifatkan sebagai ‘malapetaka kecil’ yang harus ditangani dengan baik kerana ia membabitka­n masa depan kakitangan Tourism Malaysia dan keluarga mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia Semenanjun­g Malaysia, Muhammad Khairul Azhar Jamil berkata, pihaknya tidak membantah penutupan itu yang kononnya mempunyai fungsi bertindih dengan agensi di bawah kerajaan negeri, tetapi kecewa dengan tindakan drastik yang tidak mengambil kira pandangan pekerja.

Katanya, Tourism Malaysia agensi bertanggun­gjawab menggalakk­an dan mempromosi­kan produk pelanconga­n seluruh negara di peringkat domestik dan antarabang­sa.

 ??  ?? AZIH (tengah) menunjukka­n kertas edaran pemakluman penutupan pejabat Tourism Malaysia negeri sambil diperhatik­an Muhammad Khairul (dua dari kiri).
AZIH (tengah) menunjukka­n kertas edaran pemakluman penutupan pejabat Tourism Malaysia negeri sambil diperhatik­an Muhammad Khairul (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia