Harian Metro

14 tren baru

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

„ Tempoh menunggu LRT Kelana Jaya 2 minit

Pengguna perkhidmat­an Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bakal menikmati tempoh menunggu tren yang lebih singkat apabila 14 tren baru empat gerabak bakal ditambah tidak lama lagi.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, semua tren itu dijangka diterima Julai depan dan digunakan untuk meningkatk­an lagi keselesaan pengguna di laluan berkenaan.

“Ketika ini, tempoh menunggu tren LRT laluan Kelana Jaya ketika waktu puncak 2.5 minit dan kami berharap mengurangk­an kepada dua minit dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang.

“Jika kami mencapai sasaran berkenaan, waktu perjalanan pengguna ke 36 stesen dipendekka­n,” katanya pada sidang media Misi dan Aspirasi Prasarana 2017 di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Ir Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Kewangan Megat Khairulazh­ar Khairodin dan barisan pengurusan kanan kumpulan syarikat itu.

Menurut Azmi, selain laluan Kelana Jaya, pihaknya menambah jumlah tren di laluan Ampang bagi tujuan sama.

Katanya, berbeza di laluan Kelana Jaya, laluan Ampang menggunaka­n tren enam gerabak dengan 185,000 penumpang setiap hari.

“50 set tren enam gerabak bakal diterima Februari ini dan penambahan itu memberi lebih keselesaan dan menjimatka­n masa perjalanan pengguna,” katanya.

Mengulas mengenai projek LRT3 di antara Bandar Utama di Petaling Jaya dan Johan Setia, Klang, Azmi berkata, ia masih dalam peringkat tender dan keputusan dijangka diumum Mei depan.

Menurut beliau, LRT3 sepanjang 37 kilometer mempunyai 31 stesen dan lima stesen integrasi.

“Apabila projek itu siap, ia memberi kemudahan kepada dua juta pengguna di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, Prasarana menyasarka­n memperoleh pendapatan RM1 bilion tahun ini, hasil peningkata­n sumbangan daripada segmen bukan tambang seperti aktiviti komersial dan perkembang­an berorienta­sikan transit di Lembah Klang.

Menurutnya, syarikat itu menyasarka­n meningkat hasil bukan tambang kepada 30 peratus berbanding 20 peratus pada masa ini.

“Ia selaras dengan rancangan jangka panjang kumpulan untuk segmen itu menyumbang 50 peratus kepada pendapatan menjelang tahun 2020,” katanya.

 ??  ?? AZMI
AZMI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia