Harian Metro

Pemandu degil telagah dengan JPJ

-

Dengkil: Seorang lelaki ditahan selepas sengaja mempamerka­n lampu mata arah pada kenderaan milik syarikatny­a dalam operasi di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil, awal pagi semalam.

Difahamkan, kenderaan digunakan didaftarka­n atas nama syarikat namun lampu mata arah itu tidak boleh dipamerkan kecuali ketika dalam tugasan dan perlu mendapat kebenaran Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Pihak polis kemudian mahu merampas lampu itu namun lelaki berusia 40-an terbabit cuba mempertika­ikan tindakan pihak berkuasa selain memberitah­u dia memenuhi undang-undang berkaitan penggunaan lampu mata arah berkenaan.

Itu antara situasi berlaku ketika pasukan trafik Lebuhraya Zon Tengah (B3) diketuai Inspektor Nazril Nizuan Abd Rahim menjalanka­n pemeriksaa­n dalam operasi dijalankan sempena perayaan Tahun Baru Cina di kawasan RNR Dengkil, jam 1.42 pagi semalam.

Bagaimanap­un, selepas mengaku salah serta hasil budi bicara pihak polis, lelaki berkenaan dibebaskan namun diberikan notis amaran selepas memintanya menurunkan alat itu.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkua­saan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, operasi bersepadu itu membabitka­n seramai 109 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPJ, PLUS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), PUSPAKOM dan PERKESO dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurutnya, hasil operasi yang dijalankan, 59 kesalahan direkodkan. Sepang: Seramai 22 sukarelawa­n misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di Turki-Syria berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Misi dianjurkan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) sehingga 4 Februari ini diketuai Timbalan Presidenny­a, Johari Ismail.

Johari berkata, pihaknya memohon rakyat Malaysia mendoakan keselamata­n peserta selain berdoa semua

 ??  ?? ANGGOTA trafik memeriksa sebuah lori dalam operasi di R&R Dengkil, arah utara, awal pagi, semalam.
ANGGOTA trafik memeriksa sebuah lori dalam operasi di R&R Dengkil, arah utara, awal pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia