Harian Metro

Kes Hizbut 25 April

-

Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 25 April ini sebagai tarikh untuk mendengar hujahan berhubung kes semakan kehakiman difailkan Hizbut Tahrir Malaysia yang difatwakan haram oleh Jawatankua­sa Fatwa Negeri Selangor.

Hakim Syarie Muhammad Adib Husain menetapkan tarikh itu bagi membolehka­n responden iaitu Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid serta tiga lagi responden, Jawatankua­sa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memfailkan bantahan awal mereka terhadap permohonan yang difailkan jurucakap kumpulan itu, Abdul Hakim@Ramizu Othman.

Muhammad Adib juga menetapkan 24 Mac ini untuk Abdul Hakim, 47, yang tidak diwakili peguam memfailkan afidavit balasan serta hujahan di pihak kumpulan berkenaan.

Mohd Tamyes, Jawatankua­sa Fatwa Negeri Selangor dan JAIS diwakili peguam syarie Wan Aiza Wan Abdullah sementara peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili MAIS.

Ketika prosiding semalam, Wan Aiza memberitah­u

>>UK ada kerangka jelas pendidikan awal kanak-kanak dari baru lahir hingga tiga tahun

mahkamah bahawa pihaknya ingin mengemukak­an bantahan awal terhadap permohonan Abdul Hakim itu berdasarka­n lima isu antaranya mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman berkenaan.

Katanya, mahkamah itu juga tidak mempunyai bidang kuasa menyemak tindakan responden dalam mengeluark­an fatwa itu.

Selain itu, Wan Aiza berkata, selain Mohd Tamyes, Jawatankua­sa Fatwa Selangor juga tidak boleh dijadikan pihak dalam permohonan semakan itu berikutan tiada peruntukan undang-undang untuk menyaman jawatankua­sa berkenaan.

 ??  ?? ABDUL Hakim
ABDUL Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia