Harian Metro

Model pembelajar­an seawal kelahiran

- BERNAMA am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan melihat keperluan merangka sistem pembelajar­an khas kanak-kanak dari usia awal kelahiran hingga tiga tahun bagi memastikan pendidikan sesuai dapat diterapkan kepada kumpulan usia itu sebagai persediaan melangkah ke peringkat prasekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerangka itu bertujuan memastikan kesinambun­gan pendidikan awal kanak-kanak tidak terputus dari usia bayi sehingga sekolah rendah, sekali gus melengkapk­an sistem pendidikan negara.

“Kita mahu meletakkan satu landasan untuk membina kanak-kanak. Kalau diikutkan, kena ada sistem sesuai dan guru juga ada ijazah pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mahdzir kini berada di United Kingdom (UK) untuk lawatan kerja dan menghadiri Forum Pendidikan Dunia (EWF) 2017 di London.

Semasa di London, beliau turut melawat Busy Bees Nursery School Westminste­r iaitu pusat penjagaan kanak-kanak dari baru lahir hingga tiga tahun.

Menurutnya, UK juga mempunyai kerangka yang jelas mengenai pendidikan awal kanak-kanak sejak dari usia baru lahir hingga tiga tahun.

Mahdzir berkata, Kementeria­n Pendidikan akan mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta PERMATA mengenai kerangka pendidikan awal kanak-kanak pada usia itu.

Ketika ini, katanya, kanak-kanak di usia baru lahir hingga tiga tahun di Malaysia dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak dan tiada sistem pembelajar­an khusus disediakan.

Dalam ucapannya pada EWF 2017 bertajuk Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak pada Selasa lalu, Mahdzir berkata, Kementeria­n Pendidikan terus menjalin kerjasama pintar dengan sektor swasta bagi memastikan bilangan prasekolah memenuhi permintaan pendidikan awal kanak-kanak yang semakin meningkat.

„ Pastikan kesinambun­gan pendidikan awal kanak-kanak tidak terputus dari usia bayi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia