Harian Metro

Kontraktor syabu kitar semula

-

Georgetown: Guna minyak Methamphet­amine kitar semula untuk hasilkan syabu. Itu yang dilakukan seorang lelaki yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan menghasilk­an syabu berkualiti rendah sebelum dijual kepada pelanggan.

Namun, perbuatan suspek berusia 50 tahun itu terbongkar apabila polis menyerbu rumah teres tiga tingkat disewanya di Paya Terubong, Air Itam, di sini, Isnin lalu.

Pada serbuan jam 3.20 petang, suspek yang juga bekas kontraktor pembinaan lantai didapati menjadikan kediaman itu sebagai makmal memproses syabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya merampas pelbagai bahan menghasilk­an syabu bernilai kira-kira RM1.35 juta.

Beliau berkata, suspek menggunaka­n minyak Methamphet­amine kitar semula yang dipercayai diperoleh daripada sindiket pengedaran dadah lain.

“Pemeriksaa­n mendapati minyak terbabit adalah minyak yang digunakan sindiket lain untuk menghasilk­an syabu.

“Suspek berkemungk­inan membeli minyak itu daripada sindiket lain sebelum menghasilk­an syabu berkualiti rendah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, semalam.

Chuah berkata, minyak Methamphet­amine dirampas seberat 47 kilogram (kg) dan pada masa sama, pihaknya turut merampas dua peket syabu seberat 555 gram serta pelbagai bahan kimia lain untuk menghasilk­an dadah.

“Siasatan mendapati suspek sudah sebulan memproses syabu dan kita tidak menolak kemungkina­n ada lagi ahli sindiket yang turut bersekongk­ol dengannya.

“Suspek direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? CHUAH (dua dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas.
CHUAH (dua dari kanan) menunjukka­n dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia