Harian Metro

Bomoh kemaruk seks

- Meor Riduwan Meor Ahmad dan Aizat Sharif am@hmetro.com.my

Rawatan yang didambakan tetapi akhirnya diperkosa berulang kali selepas dipukau sehingga hamil.

Itu yang menimpa seorang wanita bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah di daerah ini yang dirogol seorang bomoh ketika mendapatka­n rawatan.

Mangsa yang berusia 31 tahun mengalami gangguan makhluk halus menyebabka­n dia kerap meracau setiap kali selepas Maghrib.

Mangsa mula mengunjung­i bomoh berasal dari Kampung Bukit Baru Ayer Nasi, Semeling di sini, antara Februari hingga Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, berdasarka­n laporan mangsa, dia mula berubat dengan suspek berusia 41 tahun itu pada 23 Februari 2016 ditemani suaminya.

Katanya, ketika rawatan itu, mangsa mendakwa bomoh terbabit memberinya beberapa potong ayat al-Quran untuk diamalkan, namun dia tidak pulih dan tetap meracau setiap kali selepas Maghrib.

“Setiap kali meracau, suami isteri itu akan mengunjung­i bomoh terbabit untuk berubat. Pada pertengaha­n Mac 2016, mangsa mendakwa bomoh itu mengenakan pukau terhadap mereka menyebabka­n suami isteri berkenaan menuruti kemahuan bomoh terbabit.

„ Wanita diperkosa hingga hamil

“Pada masa sama, mangsa turut mendakwa dirogol oleh suspek. Ia berlaku ketika dia dalam keadaan separuh sedar dan ia hanya terhenti Mei lalu apabila dia disahkan hamil tiga bulan.

“Kira-kira dua bulan kemudian, mangsa mulai pulih daripada pukau terbabit dan tidak lagi mengunjung­i suspek,” katanya.

Md Zukir berkata, selepas melahirkan anak keempat, suspek menghubung­i mangsa pada Disember lalu dan memintanya datang berubat namun enggan sebelum diugut suspek.

“Selepas dirawat oleh rakan suaminya, wanita itu semakin pulih dan dia kemudianny­a melaporkan kejadian dirogol itu di Balai Polis Merbok, jam 8.48 malam kelmarin sebelum menahan suspek,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia