Harian Metro

Datuk perdaya pelbagai pakej

-

Kuala Lumpur: Bukan saja penipuan tawaran latihan keusahawan­an dan pelaburan, ahli perniagaan yang menawarkan diploma dalam masa tujuh hari juga memperdaya mangsa dengan pakej umrah keseluruha­nnya berjumlah RM80,000.

Dengan lebih 10 laporan polis dibuat 20 pengadu setakat ini, ada antara individu sama yang ditawarkan diploma segera serta geran perniagaan seperti dilaporkan akhbar ini, 22 November tahun lalu.

EXCO Pemuda UMNO Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, susulan itu, pihaknya meminta polis mengambil tindakan tegas kerana ia membabitka­n jumlah mangsa yang ramai serta mencemarka­n imej agama Islam itu sendiri.

Katanya, selepas isu itu didedahkan Harian Metro, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pengadu yang mahu individu bertanggun­gjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya dapati isu ini amat serius bukan saja membabitka­n tawaran pengajian, malah soal ibadat umat Islam. Daripada apa yang dikongsi pengadu, mereka terpedaya dengan skim umrah yang dipakejkan sekali dengan pelaburan.

“Pemuda UMNO dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan merujuk perkara ini kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam masa terdekat bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa orang mangsa di PPIM semalam.

Dalam laporan sebelum ini, akhbar ini mendedahka­n nasib 48 mangsa yang ingin mendapatka­n Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan menerusi empat modul khas namun yang diterima hanyalah skrol kosong.

Mangsa terdiri daripada warga emas termasuk pesara kerajaan, guru dan ahli profesiona­l terpedaya dengan tawaran bantuan perniagaan serta kelulusan yang konon diperoleh menerusi pengajian selama seminggu itu.

Sementara itu aktivis PPIM Syed Kamarul Al Mahsyur berkata, susulan itu, pihaknya menerima lebih banyak aduan berhubung kegiatan lelaki bergelar Datuk itu dan meminta kerjasama Biro Pengajian Tinggi Pemuda UMNO untuk sama-sama mencari jalan penyelesai­an.

“Berdasarka­n laporan polis, memang individu sama yang menawarkan diploma, pakej pelaburan dan umrah. Kita juga sudah menghubung­i lelaki itu, namun setakat ini masih gagal bertemu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia